Lelaki itu menangis secara terbuka, seperti seorang budak kecil. Namun, ini memang sudah dijangka. Pembunuhan biasa pun adalah kesalahan jenayah yang cukup besar, apatah lagi cubaan membunuh Presiden. Jika jenayah ini dijadikan sebagai tuduhan kepada sesiapa pun, ia pasti akan membuatkan semangat mereka runtuh. Tidak ada sesiapa yang mahu menanggung jenayah sebegini kerana ia akan merosakkan masa hadapan mereka serta mencemarkan nama keluarga mereka.
Oleh itu, tidak kira sama ada dia berniat atau tidak, masa depan doktor ini telah berakhir. Tiada sesiapapun dapat menyelamatkannya dan undang-undang akan menghukumnya dengan hukuman yang berat. Dia telah berusaha kuat dalam sekolah perubatan tetapi bakal berakhir engan nasib seperti ini...
Semakin dia memikirkannya, semakin tertekan dia jadinya. Dia terfikir untuk membunuh diri. Pada masa itu, Naib Presiden tiba.