Xinghe berhenti di hadapan ruang rawat Mubai dan memandang di sebalik lapisan kaca yang kecil dan tebal. Matanya berkilauan sedikit, tetapi tidak lama kemudian dia beredar dan wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan reaksi.
Walau bagaimanapun, rakan-rakannya tahu dia khuatir akan keadaan Mubai. Dia bukanlah seseorang yang akan mempamerkan emosinya, dia menyimpan kesemua emosinya di dalam hati.
Syukurlah, Mubai akan sembuh tidak lama lagi kerana mereka telah menjumpai penawarnya.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, mereka berasa lemas, tetapi mujurlah akhirnya mereka menemui sinar harapan. Xinghe turut berasakan yang sama.
Namun, apabila mereka keluar dari hospital, mereka dikelilingi oleh segerombolan wartawan. Banyak kamera dan mikrofon ditujukan kepada mereka.