Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 82 - Tempoh Tenang Seketika

Chapter 82 - Tempoh Tenang Seketika

Sikap Mubai yang acuh tak acuh terhadap perempuan tidak merisaukan Tianxin. Sebaliknya dia berasa sangat tenang.

Dia mempunyai pemikiran yang agak pelik kerana dia lebih rela Mubai tidak tertarik dengan semua wanita termasuk dirinya sekali daripada Mubai jatuh cinta dengan perempuan lain. Ini merupakan sikap 'jika saya tak boleh dapatkan dia, tiada siapa yang boleh'.

Waktu sudah pun senja apabila Xinghe keluar dari hotel itu.

Xia Zhi memecut laju dan membuka pintu untuknya.

"Kak, Kakak tak apa-apa?" dia bertanya dengan prihatin kerana dia melihat apa yang berlaku melalui skrin keselamatan.

Xinghe merehatkan diri di kerusi penumpang dan menjawab dengan tenang, "Zhi, saya okey sahaja. Boleh tak kamu bawa saya ke Kampung Nelayan di Jeti Utara?"

"Kenapa kita nak pergi ke sana?" Xia Zhi ingin tahu.

"Untuk mencari seseorang!"

"Siapa?" Kening Xia Zhi berkerut kerana keliru tetapi tetap menuju ke destinasi.

Mata Xinghe bersinar bersama cahaya senja sewaktu berkata "Seseorang yang boleh menjatuhkan Chui Ming."

Xia Zhi terkejut, dan bertanya, "Kakak, apa yang berlaku sebenarnya masa majlis tadi?"

Walaupun Xia Zhi memantau skrin keselamatan, tidak ada bunyi yang boleh didengari jadi dia hanya boleh meneka melalui pergerakan.

Dia naik marah apabila Xinghe menceritakan apa yang terjadi.

"Mereka ini tidak ada hati perut kah?! Tapi Kak, macam mana kalau Chui Ming berniat nak mencederakan Kakak kerana Kakak telah memalukan mereka di hadapan khalayak ramai hari ini?"

Xinghe menjawab tenang, "Kamu salah, disebabkan pertengkaran tadi disaksikan orang ramai, dia tidak kan berani mencederakan saya."

Xia Zhi melihat ke arah Xinghe dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Xinghe menyambung. "Berdasarkan apa yang berlaku hari ini, terbukti firasat saya benar yang mereka tak sabar-sabar untuk mengenakan saya. Jadi, tak kira sama ada pertengkaran di khalayak ramai tadi berlaku ataupun tidak, mereka tetap akan menyasarkan saya. Jadi, apa yang berlaku tadi merupakan sebahagian daripada rancangan saya sendiri. Jika apa-apa terjadi pada saya, Chui Ming akan disyaki. Demi mengelakkan sebarang masalah Chui Ming akan terpaksa berdiam diri buat sementara. Saya rasa dia hanya akan bertindak semula selepas perjanjiannya dengan Empayar Xi sudah termeterai. Jadi, sehingga waktu itu, kita selamat. Dengan kata lain, ini ialah masa yang sesuai untuk kita berehat dan menyiapkan diri.

Xia Zhi berkata dengan bangga, "Wah Kakak, saya tak sangka yang Kakak sangat berfikiran ke hadapan! Dan Kakak betul, Chui Ming tidak akan berani bertindak terburu-buru kerana Kakak ialah ibu kepada anak lelaki Mubai. Jika ada apa-apa yang berlaku pada Kakak, Xi Mubai pasti akan mengesyaki dia, dan dia akan membatalkan perkongsian antara mereka demi keselamatan Lin Lin.

Ya, Xinghe mempertaruhkan segalanya untuk rancangan berisiko ini.

Dia tidak dapat memastikan sama ada mereka berdua akan menyerangnya tadi. Tetapi, Xinghe bertaruh pada kesombongan dan keinginan mereka untuk memusnahkannya. Ternyata dia berjaya.

Jika rancangannya gagal, dia terpaksa mengambil langkah bertahan, dan pilihannya akan menjadi sangat terbatas.

Jadi, dia bersyukur yang perasaan benci Wushuang terhadapnya sangat kuat. Kerana perasaan benci itulah rancangan Xinghe menjadi sempurna sekali.

Sekarang, giliran mereka pula untuk risau. Kerana Xinghe telah memiliki kelebihan.

'Wu Rong, Xia Wushuang, dan Chui Ming, jaga-jaga lah kerana saya akan memanggang kamu semua sekaligus!'

"Tapi Kakak, mampu kah kita membuat persiapan yang cukup atau menyerang dalam tempoh tenang sementara ini? Tanya Xia Zhi dengan hati yang berat.

Chui Ming bukan calang-calang orang. Tambahan pula dia bakal menandatangani perjanjian dengan Empayar Xi tidak lama lagi. Xinghe dan keluarganya tidak memiliki apa-apa, jadi bagaimana mereka hendak bersaing?

Related Books

Popular novel hashtag