Deqing naik berang sekali lagi memikirkan bagaimana kedegilan budak kecil ini untuk memberitahu kebenaran menyebabkan dia kehilangan benih yang baik.
"Tuan Muda, kita tidak boleh menjaga anak ini lebih lama! Dia mungkin akan sakit semula walaupun dia sembuh, kita patut..." Deqing kemudian menunjukkan isyarat mengelar leher.
"Pak Cik Huang sentiasa menguruskan benih-benih yang terjejas ini dengan cara seperti itu?" He Bin menundukkan pandangannya untuk mengelakkan Deqing melihat kedinginan dalam matanya.
Deqing mengangguk dengan bangga. "Sememangnya, kita tidak ada masa untuk menjaga semua kanak-kanak ini. Kalau mereka tidak lagi berguna kepada kita, maka untuk apa kita terus membazirkan masa dan sumber kepada mereka?"
"Tapi bukankah ini akan menyebabkan kita rugi besar, sekiranya..."