Keluarga Shen dan keluarga Tong telah merendahkan diri sebegini, jadi sesiapa pun sepatutnya memilih untuk berdamai. Tetapi, Tuan Besar Xi bukanlah orang biasa.
Dia kekal tidak berganjak lalu berkata, "Kenapa kamu berdua beritahu saya semua ini? Dalam hal ini, kata-kata menantu perempuan saya ialah segala-galanya, bagaimana kamu akan menyelesaikan hal ini tergantung kepadanya. Jika dia enggan menerima permohonan maaf kamu, keluarga Xi kami akan sokong keputusannya hingga ke pengakhirannya."
Wajah Tuan Besar Tong dan Tuan Besar Shen pucat. 'Sejak bila si tua ini begitu melindungi keluarganya? Dia bukan macam ini sewaktu muda. Dia melebihkan kepentingan keluarga Xi berbanding segala-galanya. Dia tidak akan berbuat begini demi sesiapa pun, apatah lagi untuk seseorang yang secara teknikalnya bukan lagi sebahagian dari keluarga Xi lagi. Tambahan pula, Xinghe telah selamat. Jadi kenapa dia tetap begini?'