Pada masa yang sama, Xinghe menuju masuk ke makmal dan memberitahu Lu Qi, "Masalah kita dah sampai."
Lu Qi, yang sedang melakukan penyelidikan, mengangkat kepalanya dengan terkejut. "Masalah apa yang kamu maksudkan?"
Xinghe memandangnya dan menjelaskan, "Semasa dalam perjalanan, saya bertembung dengan seorang gadis bernama Tong Yan."
Seluruh tubuh Lu Qi terasa dingin apabila mendengar nama 'Tong Yan'. "Kamu bertembung dengan Tong Yan‽ Dia adalah seorang yang sangat berkuasa kerana Ibu dia anak perempuan keluarga Shen. Mak Cik dia adalah Puan Besar Presiden dan keluarga Tong itu sendiri tidak boleh dipandang rendah. Saya dengar dia seorang yang kejam. Dia berleluasa di seluruh Bandar A kerana tidak ada sesiapa yang berani bermusuhan dengan dia. Apa yang terjadi? Kenapa kamu bermusuhan dengan dia?"