Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 542 - Xinghe Tidak Boleh Diharap

Chapter 542 - Xinghe Tidak Boleh Diharap

Ia boleh dikatakan yang Bao Hwa sedang menggunakan nasib malang Empayar Xi untuk memberikan keuntungan kepada mereka.

"Sebenarnya, kami dah cuba untuk beli semula semua saham dari pemegang saham kami, tapi Bao Hwa nampaknya sengaja menyasarkan kita. Mereka menghubungi pemegang saham yang sedang berunding dengan kami dan membeli saham daripada mereka dengan harga dua kali ganda," kata Haoran dengan serius.

Mata Xinghe menjadi tajam. "Apa perniagaan utama mereka?"

"Barang kemas," jawab salah seorang daripada mereka.

Junting menambah, "Mereka adalah syarikat teratas dalam perniagaan barang kemas, malah nombor 1 di dalam Hwa Xia."

"Tapi barang kemas dan komputer ialah dua industri yang sangat berbeza," kata Xinghe dengan lembut.

Junting bertanya, "Cik Xia, kamu rasa ada sesuatu ke di sebalik semua ini? Sudah tentu, kami pun rasa mereka sengaja menekan Empayar Xi. Ini sangat jelas."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS