Dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan jika Xinghe hanya berdiam diri menunggu kematiannya.
Dalam kata lain, ini adalah salah Xinghe sendiri kerana membuatkannya marah.
Dengan niat jahat dan rupa yang bengis, Wushuang berkata, "Mak, Mak rasa apa yang patut kita buat untuk musnahkan Xinghe? Saya mahu lihat dia melutut dia atas lantai merayu pada kita. Kalau tidak, hati saya tidak akan tenang."
Wu Rong membalas dengan sengihan jahat, "Mak rasa kita patut suruh seseorang musnahkan maruahnya!"
Tetapi bagi mereka, Xinghe merupakan seorang perempuan liar tidak bermaruah. Jadi bagaimana lagi mereka akan memusnahkan maruah Xinghe?
Melainkan jika mereka bercakap mengenai kesucian maruah perempuannya…
Wushuang tersenyum licik sambil berkata, "Mak, saya faham. Saya tahu apa yang patut dilakukan kemudian."
Pasangan ibu dan anak itu bertukar pandangan dan senyuman keji pada wajah mereka kelihatan sungguh mirip sekali.
Wushuang benar mengenai satu perkara.
Ianya mustahil untuk Xinghe bangkit kembali dalam satu malam sahaja. Mengumpulkan harta dan reputasi akan mengambil masa yang lama.
Lagipun, Xinghe tidak berhajat untuk bergantung sepenuhnya kepada kuasanya untuk kembali bangkit.
Wu Rong masih memiliki harta warisannya. Bodohlah sekiranya dia tidak menggunakan harta tinggalan yang ditinggalkan oleh ayahnya.
Tetapi, sebelum dia boleh menentang Wu Rong, dia memerlukan duit untuk memperbaiki dirinya.
Kebetulan pula, Xinghe sudah menemui jalan yang sempurna untuk mendapatkan duit tersebut.
Matanya bersinar dengan keyakinan sewaktu menatap skrin komputer ribanya.
Chui Ming, duit itu akan keluar daripada poket kamu sendiri! Itu perkara paling kecil yang kamu dapat lakukan untuk menebus perbuatan kamu yang mencederakan keluarga saya!
Xinghe mempunyai hampir kesemua maklumat mengenai Chui Ming. Ini termasuklah keadaan semasa syarikatnya.
Dia juga ditakdirkan untuk berada dalam lapangan perniagaan laman sesawang.
Keluarga Chui memiliki banyak perniagaan di bawah nama mereka. Tetapi, disebabkan perkembangan semasa, mereka mengalihkan tumpuan kepada bidang komputer.
Chui Ming merupakan CEO untuk syarikat yang agak besar bernama Chui Corps. Namun begitu, perkembangan syarikatnya agak terbantut kerana dia kurang berwawasan. Kebanyakan projeknya adalah hasil daripada kerjasama dengan Empayar Xi. Chui Corps bergantung pada mereka untuk berada di dalam pasaran.
Empayar Xi merupakan syarikat terbesar di dalam negara itu. Ianya memang tidak dapat dielakkan bagi syarikat-syarikat kecil untuk bergantung pada mereka demi mendapatkan projek.
Produk utama syarikat Chui Ming ialah perisian sekuriti. Ianya dinamakan sebagai Sekuriti Internet King Kong. Dia berniat untuk menggunakan perisian itu untuk sebarang peluang kerjasama dengan Empayar Xi.
Chui Ming sudah melabur dengan banyak dalam projek ini. Dia telah menggajikan pasukan yang terhebat untuk menjayakannya.
Saingan dalam pasaran sememangnya sengit. Mana-mana syarikat yang tidak dapat mengikut peredaran teknologi yang pantas pastinya akan tersingkir.
Ianya seolah-olah hidangan yang tidak begitu banyak, tetapi didambakan oleh semua orang di dalam perniagaan tersebut.
Kerjasama dengan Empayar Xi akan memastikan keuntungan yang berterusan.
Dalam erti kata lain, Chui Ming perlu mendapatkan peluang kerjasama ini!
Perisian yang dibangunkan oleh pasukannya sangat berjaya. Sekuriti Internet King Kong sudah diperkenalkan dalam pasaran buat beberapa tahun. Maklum balas yang diterima juga sangat positif.
Ramai pengguna yang menggunakan perisian mereka.
Melihat daripada segi jualan dan maklum balas, perisian itu berada jauh di hadapan syarikat-syarikat lain yang bersaing.
Chui Ming sangat gembira dengan hasil ini. Dia begitu yakin bahawa kerjasama itu pasti akan menjadi realiti. Dia hanya duduk menunggu kontrak usaha sama tersebut tiba di tangannya.
Selepas perisiannya dibawa masuk ke dalam sistem operasi di Empayar Xi, setiap pengguna sistem itu akan menggunakan perisian sekuritinya...
Ini bermaksud bahawa syarikatnya akan menerima keuntungan yang besar. Chui Ming begitu gembira sehingga dia tersenyum di dalam mimpinya. Kegembiraannya menjadikan dia begitu pemurah dengan isterinya. Dia membelikan Wushuang pelbagai barang kemas dan dengan gembiranya bersetuju untuk membalas dendam kepada Xia Xinghe.
Dia berjanji kepada Wushuang untuk merealisasikan rancangannya untuk memusnahkan Xinghe sebelum kerjasama dengan Empayar Xi ditandatangani.
Chui Ming mempunyai hubungan dengan pihak polis dan juga kumpulan Triad. Tidak susah baginya untuk mengarahkan seorang perempuan dimusnahkan.
Isterinya sudah cukup baik untuk mengingatkannya supaya memastikan Xinghe menikmati kehidupan bahagia sebelum dibunuh.
Wushuang meluangkan hari-harinya dengan gembira apabila dia mengetahui Xia Xinghe sedang meniti hari-hari terakhirnya. Ini menjadikan Wushuang melayan Chui Ming sebaik mungkin.
Hal ini menambah baik perasaan Chui Ming tetapi ianya hanya bertahan sementara waktu. Chui Ming kemudiannya perasan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku pada perisian sekuritinya!