Philip ketawa. "Menakutkan? Kalau saya takut pada orang-orang seperti ini, saya tidak akan mencapai kedudukan saya sekarang! Organisasi ini mesti dihapuskan kerana kewujudan mereka adalah satu ancaman terhadap negara ini!"
Charlie dan yang lain terdiam. Jeneral benar kerana organisasi ini adalah punca utama perang yang sedang berlangsung di Negara Y. Mereka menyeludup dan menjual senjata-senjata tentera dan menyebabkan munculnya kelompok-kelompok pemberontak yang menjadikan seluruh negara kucar-kacir. Tanpa mereka, negara akan menjadi lebih aman.
"Kalau macam itu, saya akan beri bantuan sebanyak mungkin!" Charlie berjanji. Tidak kira apa pun keputusannya, dia mahu mencuba. Dia mahu menyelamatkan negaranya.
"Kami juga akan cuba yang terbaik. Sudah tiba masanya Sindiket IV bertemu lawannya!" Sam menambah dengan penuh keazaman. Semua yang lain mengangguk. Pada waktu ini, semangat patrotik mereka membara.