Xinghe telah mengatur supaya kesemua kereta yang mereka naiki kelihatan serupa. Dia telah mengarahkan tentera upahan untuk membawa mereka melalui jalan yang berlainan, dengan harapan untuk mengelirukan orang Barron. Dia yakin Barron telah menghantar orang untuk mengekori mereka.
"Kita tak nak bawa ke beberapa orang tentera upahan demi keselamatan?" Ali bertanya pada Xinghe di dalam kereta. Mereka sedang bersendirian ketika ini.
Xinghe menggelengkan kepalanya. "Mereka tidak akan bertarung secara terbuka dengan Barron. Saya telah pecat mereka, ini ialah tugasan terakhir mereka dengan kita."
Ali mengangguk faham. "Jadi ke mana kita nak pergi sekarang?"
Xinghe mengeluarkan sebuah peta dan menuding pada tempat tertentu. "Sini, mengikut lokasi ini, kita perlu keluar dari tempat ini dahulu."
"Xinghe, kamu memang ada bukti aktiviti jenayah Barron?" Sam menarik dirinya ke hadapan untuk bertanya. Xinghe mengangguk.