Mereka semua telah memberikan sumbangan demi pasukan tentera mereka, tetapi kini, mereka berasa sedikit jengkel kerananya. Ini kerana mereka menganggap pengaturan Xinghe terlalu tidak masuk akal. Mana boleh dia memberikan tugasan baru kepada mereka sedangkan tugasan yang lama belum selesai?
Semua orang berasa kecewa selepas apa yang berlaku semalam. Mereka juga mula berfikir Munan mengeksploitasi kedudukannya demi keuntungan peribadi. Mereka mula berprasangka terhadap Mejar mereka...
Pada waktu itu, sekumpulan orang memasuki makmal. Munan berada di hadapan dan diikuti oleh kumpulan Yan Lu. Di belakang mereka terdapat tiga orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Dalaman. Para juruteknik terkejut melihat pegawai-pegawai Hal Ehwal Dalaman melangkah masuk ke dalam makmal mereka.
Walau bagaimanapun, beberapa saat kemudian, mereka dapat meneka. Tanpa diduga, Munan segera bertanya, "Adakah Xinghe di sini?"
"Dia belum sampai." Seseorang menjawab dengan serta-merta.