Selepas pembedahan Chengwu berjalan dengan lancar, Xia Zhi mempunyai masa untuk mengodam ke dalam komputer Tianxin, berazam untuk membalas dendam bagi pihak kakaknya.
Akhirnya Xia Zhi berjaya memasuki komputer Tianxin dan menemui mesej-mesej Tianxin.
Dia berasa marah ketika membaca mesej di antara Tianxin dengan orang yang tidak dikenali mengutuk kakaknya.
"Ini sudah melampau!"
Xia Zhi menggenggam tangannya seperti bebola api, urat-urat di tangannya turut kelihatan. Secara metaforanya, matanya seolah-olah berapi bagaikan sedang menatap gambar musuhnya.
Xinghe baru selesai membasuh muka dan tangan Chengwu. Dia berpaling untuk mengeringkan tuala tersebut dan ternampak riak wajah Xia Zhi lalu bertanya, "Apa yang sedang berlaku dengan kamu ini?"
"Tiada apa-apa." kata Xia Zhi tergesa-gesa sambil menutup komputer ribanya. Dia takut kakaknya mungkin terlihat mesej tersebut tetapi perbuatannya hanyalah menarik perhatian Xinghe.
Xinghe dengan perlahan-lahan menggerakkan tangannya daripada komputer riba dan duduk di tepinya sambil membaca mesej tersebut.
Xia Zhi takut kakaknya akan marah lalu menambah, "Mereka tidak kenal kakak jadi lebih baik kakak jangan ambil kisah. Dalam hati saya, kakak ialah wanita terbaik di dunia ini, tiada lain yang setanding kakak terutamanya Chu Tianxin.
"Kamu mengodam ke dalam komputer Tianxin?" tanya Xinghe sambil merenung pada skrin.
Xia Zhi tunduk mengaku, "Ya, saya bercadang untuk menghancurkan komputernya kerana bersikap kurang ajar tadi."
Dia tidak sangka dia akan menjumpai mesej-mesej tersebut.
Jikalau Xia Zhi tahu yang Tianxin begitu tidak berperikemanusiaan, dia tidak mungkin akan melepaskan Tianxin begitu sahaja.
"Kakak jangan marah, saya akan menghancurkan sistem komputernya sekarang. Kita akan tunjukkan kepada dia," kata Xia Zhi tergesa-gesa.
Xinghe yang tidak mendengar kata-katanya bertanya, "Zhi, adakah saya telah berubah menjadi mumia berkedut beberapa tahun yang lepas ini?"
"Sudah tentu tidak, kakak cantik bagaikan Cleopatra! Kakak tidak hodoh walaupun sedikit, percayalah pada saya!" kata Xia Zhi ikhlas dari hatinya. Tahun-tahun yang sukar telah mengetatkan muka Xinghe tetapi pada Xia Zhi, ianya hanya menambahkan lagi kecantikan kakaknya.
Wajahnya tidak kelihatan seperti seorang dewi tetapi masih boleh dianggap cantik. Di mata Xia Zhi, Xinghe sekurang-kurangnya seratus kali lebih jelita daripada Tianxin.
Walau bagaimana pun, Xinghe ternampak beberapa kebenaran dalam mesej Tianxin. Dia menambah dengan suara yang lemah, "Tetapi kita memang miskin."
"Kak, saya akan memperoleh wang yang banyak pada masa hadapan dan kita hanya akan memakai pakaian yang termahal! Kita juga tidak akan membasuh pakaian kita kerana kita akan membuangnya sebaik sahaja ia menjadi kotor. Apabila kita berjumpa Tianxin, kita akan melontar wang kita ke arahnya. Lagipun, ia bukan jenayah untuk membunuh seseorang dengan duit!"
Xinghe akhirnya ketawa. Dia berkata, "Siapa yang kata bahawa ianya bukan satu kesalahan untuk membunuh seseorang dengan duit?"
"Kalu begitu, kita akan membuang duit sehingga dia nyawa-nyawa ikan," Xia Zhi menjawab dengan tegas. Dia berjanji akan memperoleh wang yang banyak untuk menunjukkan kepada orang yang menghina mereka bahawa mereka salah.
Xinghe tahu yang segala-gala yang dikatakan oleh Xia Zhi adalah dipengaruhi daripada kemarahannya tetapi kata-kata tersebut memang menenangkan dirinya.
Bapa saudaranya dan Xia Zhi memang telah melindungi Xinghe selama ini dan dia tidak mahu mereka menderita lagi.
"Zhi, bertenang. Marilah kita lihat apa lagi yang Tianxin ada pada komputernya." Nasihat Xinghe. Mata Xia Zhi segera menyala dengan kejahatan. "Baik, saya lakukannya sekarang!"
Xia Zhi melakukan satu imbasan asas ke atas komputer Tianxin dan menemui begitu banyak gambar.
Wanita ini mestilah begitu mengagumi diri sendiri kerana mempunyai lebih sepuluh ribu swafoto.
Terdapat juga gambar yang dia ambil bersama Mubai. Dalam kesemua gambar tersebut, Mubai kelihatan sama sahaja, iaitu bosan.
Xia Zhi meneka, "Kak sebagai seorang lelaki, saya boleh nampak yang Mubai tidaklah benar-benar mencintai Tianxin."
"Siapa yang Mubai cintai tiada kena mengena dengan saya," jawab Xinghe tanpa emosi.
Xinghe sudah tahu yang Mubai tidak mencintai Tianxin. Mubai mempunyai hati bagai batu jadi tidak ada seorang wanita di dunia ini boleh membuat dia jatuh cinta.