Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 30 - Tidak Layak Menjadi Mak Xi Lin

Chapter 30 - Tidak Layak Menjadi Mak Xi Lin

"Saya fikir Xi Lin juga tidak sanggup mengaku bahawa kamu ibunya. Jangan bercakap dengan saya pasal maruah. Apa yang kamu perlukan sekarang ialah wang. Jadi ambil wang ini dan diam. Inilah kali terakhir Mubai dan saya akan berjumpa kamu. Kamu tidak berhak mendapat apa-apa lagi daripada kami. Tambahan pula, saya akan berkahwin dengan Mubai tidak lama lagi dan jangan risau, saya akan menjaga anak kamu dengan baik sekali."

Setelah bercakap apa yang terbuku dalam hatinya, Tianxin terus berpusing dan meninggalkan tempat tersebut.

"Berhenti!" Jerit Xinghe.

Tianxin memang sedang menunggu Xinghe naik marah. Dia berpaling sambil berkata dengan bangganya, "Kenapa? Apakah saya salah?"

Xinghe menjatuhkan kad kredit tersebut ke sisi kakinya lalu berkata, "Ambil sampah kamu dan pergi dari sini!"

"Xia Xinghe, saya sedang membantu kamu di sini. Kamu miskin bagaikan pengemis sekarang. Jadi mengapa kamu masih begitu degil? Kenapalah kamu tidak akan menerima pemberian kami? Saya faham kamu penuh dengan maruah tetapi fikirlah tentang bapa saudara kamu yang miskin. Bagaimanakah kamu hendak menyediakan wang yang mencukupi untuk rawatannya? Atau kamu lebih rela tengok dia mati?" Tianxin sengaja mencucuk bahagian emosi Xinghe yang lemah.

Xinghe perlu membongkokkan badannya ke bawah untuk mengambil kad tersebut kerana dia tahu Xinghe tidak akan membiarkan bapa saudaranya mati begitu sahaja. Tianxin tidak dapat menahan kegembiraan yang dirasanya daripada imej yang terbayang di dalam kepalanya.

Sebaliknya, Xinghe tidak berganjak walaupun sedikit. Lalu dia berkata," Chu Tianxin, siapakah kamu untuk mengajar saya? Saya akan ulang lagi apa yang saya kata kerana ia kelihatan seperti kamu tidak faham bahasa, ambil lah sampah kamu dan beredar dari sini, kamu hanya membuat hospital ini busuk."

"Kamu…" Tianxin sudah terlampau marah, "Xia Xinghe! Jangan kamu menggigit tangan yang menyuapmu! Kamu ingat saya benar-benar ingin menolong kamu? Saya hanya melakukan ini kerana kamu bekas isteri Mubai dan mak kepada Xi Lin, janganlah terlampau bangga."

"Mengapa kalian sedang riuh rendah? Ini sebuah hospital!" Tiba-tiba, muncul ketua doktor Chengwu untuk menghentikan mereka berdua daripada membuat apa-apa masalah lagi.

Tianxin tersenyum selepas melihat doktor tersebut. "Lama tak jumpa Doktor Wong."

Doktor menoleh dua kali sebelum membalas senyuman. "Miss Chu rupanya. Tetapi mengapa kamu berada di sini, ada sesuatu terjadi kepada keluarga kamu?"

Tianxin pun melemparkan satu pandangan yang gembira kepada Xinghe sebelum menyambung perbualannya dengan Doktor Wong, "Oh, tidak. Tetapi terima kasih kerana bertanya. Saya di sini kerana Xinghe, dia seorang kawan lama. Bagaimanakah keadaan bapa saudaranya?"

Doktor Wong sangka bahawa mereka berdua memang sahabat lalu menjawab secara jujur, "Ianya tidak kelihatan ebgitu baik bagi si pesakit. Dia perlu menjalani pemindahan ginjal atau keadaannya akan makin tenat lagi."

"Ya Tuhan, saya tidak tahu ia terlampau serius sehingga memerlukan pemindahan ginjal. Pembedahan tersebut tentu mahal kan?" tanya Tianxin berpura-pura risau.

Doktor Wong mengganguk lalu menerangkan, "Ya, ianya memang bukan murah. Pembedahan tersebut berjumlah 300 000 RMB."

Tianxin hampir tergelak dengan gembira.

Dia menahan gelaknya dan berkata, "Doktor Wong, seperti yang dikatakan, Miss Xia ialah kawan lama saya dan saya akan membayar yuran pembedahan tersebut. Tidak kira betapa mahal pun saya akan membayarnya jadi jangan susahkan mereka. Inilah sekurang-kurangnya yang boleh saya lakukan sebagai rakan mereka."

Dengan terkejut Doktor Wong menjawab, "Tetapi yuran pesakit telah pun dibayar."

Kejutan tersebut jelas terpamer di muka Tianxin apabila dia berkata, "Apa yang kamu kata?"

"300 000 RMB yuran pembedahan telah dibayar dengan penuh. Adakah mereka tidak memberitahu kamu Cik Chu?"

Tianxin melepaskan ketawa terpaksa.

Dia melihat Xinghe dengan muka kehairanan dan berkata, "Bagaimana kamu berbuat demikian? Kamu tidak mempunyai wang. Dari mana kamu mendapat 300 000 tersebut?"

Tianxin tahu bahawa 300 000 adalah jumlah yang banyak bagi keluarge Xia yang miskin.

Xinghe hanya memakai pakaian yang dibeli dari pasar malam dan tinggal di kawasan setinggan, jadi tidak mungkin dia dapat mempunyai 300 000 untuk membayar kos pembedahan Chengwu.

Doktor Wong mengulang lagi, "Tetapi memang betul mereka telah membayar kesemua bil tersebut. Saya tidak mempunyai sebab untuk berbohong pada kamu."

Tianxin menjeling Xinghe dengan penuh syak wasangka. Dengan segera dia beranggapan Xinghe telah melakukan sesuatu yang tidak bermoral untuk mendapatkan wang tersebut.