Puan Ye memberi reaksi seperti dia melihat sesuatu yang jijik. Dia mengerutkan dahinya ketika dia mengarahkan mak cik Ding, "Pergi, ambil sebuah periuk api, jangan benarkan dia masuk ke rumah jika dia tidak melangkah ke melepasi periuk itu. Dia ini memang bawa sial!"
Anak menantu perempuan sulung pulang ke rumah selepas lama terlantar sakit, tetapi perkara pertama yang menyambutnya bukanlah perasan prihatin, sebaliknya perasaan jijik.
Xinghe sangat yakin yang Xia Meng tidak mempunyai kehidupan yang baik.
Mak cik Ding segera kembali dengan membawa sebuah periuk api.
Periuknya besar dan di dalam periuk itu terdapat galas dan kertas azimat1…
Mereka benar-benar melayan Xia Meng seperti sesuatu semangat jahat.
"Nyalakan api!" Ye Qin mengarahkan dengan gembira. Mak cik Ding dengan senang hati mematuhi dan benda yang ada di dalam periuk itu terbakar dengan sekali 'whoosh'.