Sebaik sahaja Xinghe masuk ke dalam kereta, dia menerima panggilan telefon daripada Mubai.
"Kami sudah sampai di restoran. Kamu sedang dalam perjalanankah?" Mubai bertanya dengan suara yang perlahan.
"Baru mahu bergerak ke sana, saya akan sampai sebentar lagi."
"Baiklah, pandu dengan selamat." Mubai menutup telefon sambil tersenyum. Lin Lin, yang duduk berhadapan dengannya, sedang membetulkan tali leher kupu-kupu di lehernya.
Budak kecil itu mengenakan sut hitam yang mahal, bahkan dia menggunakan gel di rambutnya…
Kasutnya yang telah digilap sangat berkilauan. Dia kelihatan seperti seorang putera kecil.
Mubai tidak dapat menahan diri daripada ketawa. Ini ialah janji temu makan tengah hari dia, kenapa anaknya pula yang melebih-lebih?
Sambil meluruskan sut putihnya yang ditempah khas, Mubai mengambil peluang untuk mengusik Lin Lin, "Ini hanya makan tengah hari biasa, kenapa kamu berpakaian segak? Gementar?"