Xia Zhi yang penuh kemarahan memendam niatnya untuk menumbuk wajah bangga Ruobing.
Sebaliknya dia berpusing ke arah Xinghe, "Kak,tunjukkan mereka buktinya. Biar mereka menyesal dengan kata-kata mereka!"
"Kamu ada bukti?" Mubai juga bertanya, nada suaranya penuh bimbang.
Sebenarnya, Xinghe mempunyai bukti yang kukuh dengan adanya seorang saksi. Berbekalkan keterangan Ee Chen, dia mempunyai dakwaan yang kukuh terhadap Ruobing.
Tetapi dia tidak mahu melibatkan Ee Chen demi melindunginya daripada disaman.
Ini bukan kerana dia menyukai Ee Chen, tetapi dia mempunyai maklumat yang Xinghe masih perlukan.
Tambahan pula, Ee Chen bukan sengaja mengkhianati Xinghe dan dia juga telah menerima hukuman yang sewajarnya. Jadi, Xinghe memutuskan untuk mengotakan janjinya dan tidak mengheret Ee Chen ke dalam kekacauan ini.