Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 226 - Senyuman Ngeri

Chapter 226 - Senyuman Ngeri

Dia telah menemui orang yang sesuai untuk menguruskan Xinghe bagi pihaknya.

Sebab itulah Ruobing sengaja menghubungi Tianxin dan membuatnya marah semalam. Dia akan menyerang Xinghe melalui Chu Tuanxin.

Ruobing tersenyum bangga dengan rancangannya yang bijak.

'Xia Xinghe, kamu sememangnya sangat berbakat tetapi bakat kamu tiada gunanya lagi jika kamu mati!

'Kematian akan datang pada kamu tidak lama lagi.'

Rancangan ini bijak kerana tidak akan membuat dirinya disyaki.

Selain daripada Ruobing, tidak ada sesiapa sekalipun yang tahu di sebalik sikap Tianxin yang baik hati dan pemurah itu, tersembunyi personaliti pendendam dan mental yang tidak stabil.

Ruobing percaya ini disebabkan kerana Tianxin sudah terbiasa mendapat segala yang dia inginkan sejak kecil lagi. Jika seseorang cuba untuk menghalang kemahuannya, dia tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang tidak waras.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS