Xinghe tahu ini semua hanya sekadar lakonan sahaja.
Nalurinya memberitahu, disebalik segala lakonan ini, hanya ada satu matlamat buat Yun Ruobing - untuk menyingkirkannya.
Ini kali pertama dia bercakap dengan Ruobing tetapi dia tahu dari saat mereka bertemu lagi yang dia wanita yang bercita-cita tinggi.
Jika tidak, dia tidak akan membazirkan masa mudanya bekerja di makmal seperti ini. Dia perlahan-lahan menaikkan pangkatnya sehingga menjadi ketua dan dapat mengawal segala-galanya di sini.
Keinginannya terhadap kuasa melambangkan cita citanya yang besar.
Keperibadian seperti ini tidak akan membenarkan sesiapa mengancam kuasa yang dia miliki.
Memandangkan Xinghe berjanji yang dia boleh mencipta anggota manusia tiruan yang sempurna dalam tempoh sebulan pasti telah membuatkan minda Ruobing berasa cemas.
Jika Xinghe berjaya, ia akan menjejaskan kerja keras Ruobing selama bertahun-tahun.