Apabila mereka meninggalkan rumah agam lama keluarga Xi, matahari sudah pun terbenam.
Tubuh Mubai yang tinggi lampai berjalan di hadapan sementara Xinghe mengikut dari belakang. Mereka seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain.
Xinghe tiba-tiba berasakan sesuatu. Dia berpaling dan melihat Lin Lin berdiri di pintu masuk vila, merenung ke arahnya.
Xinghe dapat melihat dari wajah anaknya yang dia enggan berpisah.
Xinghe sendiri sedang patah hati. Jika boleh, dia ingin sahaja memeluk erat Lin Lin dan melarikan diri bersama-sama.
Tetapi dia tahu itu mustahil…
Demi menguatkan kata-katanya, Datuk Xi telah melarang Xinghe daripada berjumpa anaknya sebelum dia dapat menghasilkan anggota badan tiruan yang sempurna seperti yang dijanjikan.
Jika Xinghe gagal mencipta apa-apa dalam tempoh sebulan, Datuk Xi akan memastikan yang kedua-dua ibu dan anak tidak dapat berjumpa lagi.