Pada awalnya dia bukan sahaja mengatakan dia tidak mahu berkahwin dengannya. Tetapi bersetuju untuk berkahwin dengannya ialah kesilapan paling besar dalam hidupnya?
Bagaimana Mubai sanggup memperlakukan dia sebegini?
Dia betul-betul sudah menjatuhkan maruahnya, dan segala-galanya!
Tianxin menyangka berita mengenai pemutusan pertunangannya merupakan tamparan terbesar yang akan dia terima hari ini tetapi ini lebih teruk lagiβ¦
Bagaimana dia boleh memperlakukan saya sebegini!
"Xi Mubai, berani kamu mengatakan perkara sebegitu tentang anak perempuan saya" Puan Chu akhirnya hilang sabar dan dia menjerit sekuat hati, "Berani kamu memalukan anak perempuan saya sedangkan dia telah menjadi wanita yang paling sempurna. Jika kamu tidak menjelaskan diri kamu, saya sendiri yang akan ajar kamu!"
"Jadi, macam ini ke keluarga Xi yang berprestij mendidik anak mereka?" Encik Chu memandang dengan marah pada Tuan Tua Xi yang duduk bertentangan dengannya.