Apa yang dikatakan seterusnya lebih mengejutkan lagi.
"Kamu memang bodoh, macam mana kamu tidak sedar yang Xinghe bukan hanya tahu mengaturcara komputer, malah dia juga sangat mahir dengannya? Kalau kamu beritahu saya dari awal lagi, saya tidak akan memberikan dia peluang untuk menyertai Pertandingan Penggodam! Jika dia tidak muncul pada pertandingan itu, perisian Syarikat Chui tidak akan kalah dan kita tidak akan berada dalam keadaan ini! Ini semua salah kamu, ini semua sebabkan kebodohan kamu. Bagaimana kamu boleh jangka untuk berlawan dengan Xia Xinghe apabila otaknya seratus kali lebih bijak daripada kamu? Tidak lama lagi, kita semua akan habis!"
Wushuang merenung ke arahnya seolah tidak percaya.
"Apa yang kamu kata…." Dia yakin dia tersilap dengar. "Xia Xinghe tahu mengendalikan komputer dan melawan perisian Syarikat Chui? Itu mustahil!"