Sebenarnya ada sesetengah orang yang berasa mereka seperti pernah melihat Xinghe. Tetapi mereka tidak ingat dimana.
Nama Xia Xinghe seperti pernah didengar juga.
Xia Zhi tidak menyembunyikan apa-apa daripada Junting. Dia menjawab dengan ringkas, "Sebenarnya dia anak perempuan pak cik saya, jadi dia sepupu saya, tetapi saya menganggapnya sebagai kakak kandung saya."
Junting masih keliru, "Kenapa saya tidak pernah dengar yang kamu punya sepupu yang hebat dalam pengaturcaraan? Eh tunggu sebentar, maksudnya buku yang kamu pinjam dari saya tu untuk dia? Dan permainan mini itu dia yang cipta kah?"
Xia Zhi mengangguk.
Junting sudah mengagak bahawa pakar komputer seperti Xia Zhi bukanlah seperti orang biasa tetapi keupayaan sebenar lelaki ini jauh melebihi jangkaannya.
"Celaka kamu ini! Mana boleh kamu sorok bakat seperti itu dari saya." Junting menumbuk lengan Xia Zhi secara gurauan.