Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 49 - Saya Akan Suap Kamu

Chapter 49 - Saya Akan Suap Kamu

Merawat luka Su Qianci menjadi satu penyeksaan bagi mereka berdua. Bagaimanapun, tidak ada antara mereka yang mengatakan apa-apa untuk menamatkannya. Suasana di situ berubah secara perlahan-lahan. Lima minit kemudian, selepas ubat telah disapu, Li Sicheng turut berasa agak tidak selesa. Dia menjilat bibirnya dan menjeling ke bahagian bawah perut Su Qianci. Seluar dalam biru muda dan apa yang ada di sebaliknya...

Li Sicheng menutup matanya. Dia memaksa dirinya untuk memandang ke arah lain dan mula mengemas kembali kit. Pergerakannya menjadi lebih cepat berbanding sebentar tadi.

Sebaik sedar Li Sicheng telah selesai, Su Qianci dengan cepat menarik bajunya ke bawah dan bangun dengan wajah yang merah. "Terima kasih. Saya... saya akan masuk tidur."

"Tunggu."

Langkah Su Qianci terhenti, tetapi dia tidak berani untuk menoleh ke belakang. Dia hanya berdiri di situ, menggosok kakinya, dan berkata dengan gugup, "Ada apa?"

Adakah dia... begitu bernafsu dan mahu...?

Mereka telah berkahwin secara sah. Jika dia memintanya, bagaimana untuk Su Qianci katakan tidak?

Datang bulan?

Tetapi dia telah melihat semuanya dan pasti tahu itu tidak benar.

"Jangan bagi kulit kau terkena air."

Su Qianci menjadi semakin malu. "Baik!" Dia menjawab dan terus berlari naik ke tingkat dua. Su Qianci menutup pintu dan bersandar di belakangnya. Wajahnya terasa panas seperti terbakar. Dia melemparkan dirinya ke atas katil dan menjerit kerana berasa malu. Janggalnya! Sangat janggal! Saya telah memutuskan untuk tidak mencintai dia!

Su Qianci menyelubungkan diri di dalam selimut dan merasakan jantungnya berdegup laju tidak terkawal. "Su Qianci, kau telah bersetuju untuk menjadi kuat! Prinsip, kau ada prinsip! Jangan ada apa-apa perasaan kepadanya, faham?"

Tetapi, ia kelihatan mustahil...

Li Sicheng merasakan tekaknya kering apabila melihat Su Qianci melarikan diri. Tubuhnya terasa tegang, dan dia sangat dahaga... Li Sicheng masuk ke dapur dan mengambil segelas air berais. Ketika melihat alatan dapur yang kelihatan baru sahaja digunakan, dia tidak dapat berhenti daripada memikirkan kata-kata Su Qianci tentang tidak ingin membiarkan dia kelaparan. Dia membayangkan mata ketakutan dan wajah merah jambu itu... Li Sicheng terus meneguk airnya dan matanya menjadi lebih gelap.

Keesokan harinya, Li Sicheng telah keluar apabila Su Qianci bangun.

Su Qianci menukar pakaian dan kemudian melihat lebih daripada sepuluh panggilan tidak terjawab di telefonnya. Lapan panggilan daripada Tang Mengying, dan selebihnya daripada dua nombor tidak dikenali. Su Qianci mengabaikan semua itu dan membuka Weibo. "Drama Liu Anan" telah menjadi topik paling hangat di internet sejak semalam. Su Qianci tersenyum sambil membayangkan kekecohan yang akan terjadi dalam keluarga Tang dan keluarga Liu.

Telefonnya tiba-tiba berdering. Ia daripada Puan Li.

"Ibu."

"Kamu di mana?" suara Puan Li kedengaran agak marah. Jelas, dia telah diberitahu sesuatu.

"Di rumah Li Sicheng. Kenapa ibu?"

"Saya dengar kamu menyebarkan khabar angin tentang Liu Anan di internet?"

Su Qianci ketawa sinis di dalam hati. Dia tahu Tang Mengying akan cuba melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, dia berpura-pura tidak tahu apa-apa dan bertanya, "Khabar angin tentang Liu Anan? Apa yang berlaku?"

Latest chapters

Related Books

Popular novel hashtag