Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 95 - Satu Juta

Chapter 95 - Satu Juta

Sebelum ini, Lu Yihan hanya mendengar khabar angin tentang Li Sicheng. Mereka belum pernah berjumpa. Dia sedikit gugup ketika menghulurkan penyepit makan kepada Li Sicheng, tetapi tetap berkata dengan mesra, "Kamu belum makan, kan? Marilah makan bersama."

Hati Li Sicheng berasa lebih panas ketika melihat senyuman Lu Yihan. Dia hanya menjeling tajam sebelum terus berjalan keluar dari wad itu. Dia kembali dengan perangai Li Sichengnya yang biasa.

Lu Yihan mengeluh dan berkata, "Nampaknya angin suami kamu tak berapa baik."

Su Qianci hanya tersenyum dan terus menukar topik. Ketika berbual-bual sambil makan, kedua-dua mereka tidak menyedari satu susuk tubuh yang ramping sedang memegang telefon bimbit dan mengambil gambar mereka secara diam-diam.

Selepas berada di hospital selama dua hari, Su Qianci akhirnya dibenarkan pulang. Kapten Li menyuruhnya tinggal seketika di rumah lama keluarga Li bagi memastikan Su Qianci mendapat penjagaan rapi. Dalam masa dua hari berada di situ, saudara-mara keluarga Li datang melawatnya dengan membawa pelbagai hadiah. Pada masa yang sama, Su Qianci mula berasa bosan kerana terpaksa melayan mereka.

Walau bagaimanapun, Su Qianci menyedari banyak perkara yang telah berubah. Pada kehidupannya yang lalu, apabila dia keguguran, tiada seorang pun yang datang melawat. Kebanyakan mereka menyebelahi Tang Mengying dan menghinanya. Tetapi sekarang, mereka yang menghinanya dahulu menunjukkan reaksi yang jauh berbeza.

Doktor mengarahkan Su Qianci untuk berehat selama setengah bulan, jadi dia hanya duduk di rumah keluarga Li itu, berbual-bual dengan ibu mertuanya, dan bermain catur dengan datuk. Tetapi setelah dua minggu, Li Sicheng masih tidak datang melawatnya. Apabila datuk menghubungi lelaki itu dan bertanya, Li Sicheng hanya menjawab dia sibuk. Alasan yang sempurna. Datuk tidak mampu membalas jawapan itu dan hanya meminta supaya Li Sicheng kerap datang melawat Su Qianci.

Selepas hampir sebulan, Su Qianci kembali ke rumah Li Sicheng. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di situ, dia mendapati Li Sicheng tiada. Su Qianci berasa sedikit kecewa. Ia masih sama seperti kehidupan lalu. Lelaki itu sentiasa sibuk. Su Qianci merasakan dirinya telah tersilap meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Setelah berehat selama dua hari di rumah itu, Su Qianci mendapat panggilan daripada Lin Wanting pada hari ketiga. Hari itu bertarikh 8 haribulan Ogos, iaitu hari majlis pertemuan semula sekolah mereka.

"Su Qianci?"

"Ada apa?"

"Gembira dengar suara kamu. Saya dengar kamu jatuh sakit baru-baru ini. Kamu dah sembuh?"

Pandainya berlakon.

Semua orang tahu Lin Wanting merupakan seorang pendendam. Baru-baru ini, dia telah menderita akibat perbuatan Yu Lili dan Su Qianci, jadi tidak mungkin dia akan bercakap sebaik itu tanpa mempunyai apa-apa agenda. Jika Su Qianci sekarang adalah Su Qianci pada kehidupan lalu, pasti dia telah terpedaya. Tetapi…

"Ya."

"Malam ini majlis pertemuan semula sekolah kita. Kamu ada di mana? Jom pergi minum?"

"Kita berbual di telefon saja."

Lin Wanting mengetap giginya. Tetapi dia memutuskan untuk memendam kemarahannya dan mengikut kata-kata Su Qianci. "Saya ada satu rahsia besar yang saya mahu jual kepada kamu dengan harga satu juta. Kamu pasti berminat."

Related Books

Popular novel hashtag