Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 906 - Berfikir Tentangnya dan Dia Terus Muncul

Chapter 906 - Berfikir Tentangnya dan Dia Terus Muncul

Yu Lili memahami maksud tersirat ketua penyunting Zhou dan berasa agak jengkel.

Adakah apa yang saya katakan salah? Atau Puan Zhou sedang cuba membuang saya kerana tidak sukakan saya?

Walaupun berasa marah, Yu Lili tahu dia tidak boleh kehilangan kerjanya. Dia tahu sukar untuk mendapat kerja ini, jadi dia akan bertahan untuk terus bekerja.

Dia cuba memastikan nada suaranya masih penuh rasa hormat dan menjelaskan dengan sabar, "Puan Zhou, semalam kamu beritahu saya boleh kembali kepada tugas saya sebagai pembantu penyunting, jadi saya laporkan diri di sini pagi ini. Kalau Puan beritahu saya belum boleh kembali kepada tugas saya ini dan perlu bekerja sebagai penyambut tetamu, saya tak akan kembali ke sini. Saya akan laporkan diri di kaunter hadapan."

Ketua editor Zhou bertambah marah dan berkata dengan sinis, "Jadi maksud kamu semua ini salah saya?"

"Saya cuma mahu jelaskan…"

"Kamu salahkan saya kerana kekeliruan ini? Rupanya kamu tak jelas dengan maksud saya. Kali ini salah saya, okey? Kamu perlu ke kaunter hadapan sekarang juga." Selepas mengatakannya ketua editor Zhou terus berpaling dan pergi.

Yu Lili berasa malu dan menyedari kebanyakan rakan sekerjanya memandangnya dengan negative. Terutama Shan Yu, kecuali pandangannya turut berbaur simpati.

Yu Lili menahan kekecewaannya dan pergi ke kaunter hadapan untuk bekerja. Selepas mengambil semua surat, dia duduk di kaunter itu sambil menyemak semua kontrak dengan penuh teliti. Dia tidak tahu berapa lama dia berada di kaunter itu seorang diri sehinggalah Ye Qianqian datang menghulurkan secawan kopi dan berkata, "Kamu patut berehat sebentar dan minum kopi bersama saya." 

"Terima kasih banyak-banyak," katanya penuh ikhlas dan mengambil kopi itu dari tangan Ye Qianqian. 

Ye Qianqian tersenyum. Dia melihat sekeliling sebelum duduk di kerusi kosong bersebelahan Yu Lili. Kemudian dia mendekati Yu Lili dan berbisik, "Sebenarnya di sini sudah ada penyambut tetamu yang bertugas. Kamu mungkin pernah jumpa dia sekali, pada hari pertama kamu bekerja. Ketua editor Zhou tiba-tiba suruh dia balik ke rumah. Keesokannya dia terus minta kamu bekerja di sini. Kamu rasa kamu ada membuatkan ketua penyunting Zhou marah?" 

Yu Lili mengesyaki ketua penyunting Zhou sengaja memalukannya di hadapan rakan-rakan sekerja yang lain, tetapi dia berasa sedih apabila rakan sekerjanya bertanya soalan itu. Selepas berfikir dengan teliti, dia masih tidak dapat memikirkan apa-apa yang dikata atau dibuatnya yang telah membuatkan ketua penyunting Zhou marah.

Jadi Yu Lili menggelengkan kepalanya. Dia memandang Ye Qianqian dan bertanya, "Dah berapa lama kamu bekerja di sana?"

"Lebih tiga bulan," jawab Ye Qianqian sambil menghirup kopinya dan ketawa. "Komik Eurasian ialah laman web yang masih baru. Ia baru dibuka tiga bulan lalu. Masa depan syarikat ini masih cerah. Tapi, kalau kamu terus bekerja sebagai penyambut tetamu, kerjaya kamu tak akan ada masa hadapan yang cerah. Lebih baik kamu kembali menjadi pembantu penyunting secepat mungkin supaya kamu boleh belajar satu persatu. Kamu boleh menjadi kartunis, tetapi hanya jika kamu menjadi penyunting dahulu."

Bagaimana dia tidak tahu tentang perkara itu? Tetapi ketua penyunting Zhou ialah ketuanya dan sekarang nampaknya dia tidak akan pernah dapat menjadi pembantu penyunting. Yu Lili teringat ketua penyunting Zhou mempunyai seorang ketua eksekutif penyunting, tetapi dia jarang datang ke pejabat ini. Yu Lili pernah mendengar ketua eksekutif itu hanya datang sekali-sekala.

Jika saya betul, ketua eksekutif itu ialah orang yang membuatkan ketua editor Zhou kelihatan gementar pada hari pertama saya. Pasti dia ialah ketua eksekutif Komik Eurasian yang misteri itu.

Ketika Yu Lili membayangkan wanita yang memakai serba merah jambu itu, dia teringat tentang ketua editor Zhou.

Adakah wanita itu penyebab mengapa ketua penyunting Zhou begitu tekad untuk memalukan saya? Tapi kenapa? Bila dan bagaimana saya membuatkan wanita itu marah?

Yu Lili mengerutkan dahinya dan berfikir buat masa yang lama, tetapi masih tidak mengetahui apa yang telah membuatkan ketua eksekutif itu atau ketua penyunting Zhou marah. 

Kata orang, apabila kita memikirkan seseorang, dia akan muncul.

Ketika Yu Lili mengangkat muka, dia melihat wanita itu di hadapan matanya.

Inilah wanita yang bercakap dengan ketua penyunting Zhou tempoh hari dan berkemungkinan besar ialah ketua eksekutif penyunting.