Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 876 - Berani Perempuan Ini Permainkan Aku!

Chapter 876 - Berani Perempuan Ini Permainkan Aku!

"Oh, begitukah?" Nada suara Yu Lili menunjukkan minat. "Apa rahsianya?"

"Kamu akan tahu apabila kamu datang. Saya berjanji tak akan kecewakan kamu," kata Shen Manting sambil ketawa dengan nada seakan merasakan dirinya telah menang.

Nada itu, kelakuan itu, jelas dia yakin saya akan pergi kepada dia. "Oh… begitu," kata Yu Lili dengan nada serius. "Okey, tunggu sekejap. Saya akan tiba di sana secepat mungkin."

"Bagus." Shen Manting amat berpuas hati dengan persetujuan Yu Lili dan berkata, "Ou Ming suka perempuan yang patuh. Patutlah dia sangat sukakan kamu."

Yu Lili terus memutuskan talian. Dia melihat telefonnya dan berkata sinis, "Bodoh." Kemudian dia terus menyekat nombor Shen Manting. "Sejak bila Ou Min suka perempuan yang patuh?" Yu Lili berkata sambil menyengetkan kepalanya. Tiba-tiba berasa kasihan kepada Shen Manting. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, kemudian meneruskan aktiviti membeli-belah di aplikasi Taobao.

Shen Manting duduk di Starbuck selama setengah jam, tetapi tidak melihat sesiapa yang seperti Yu Lili mencarinya. Keningnya mula berkerut dengan perasaan tidak gembira. Dia mengambil telefonnya dan menelefon Yu Lili sekali lagi, tetapi taliannya tidak berjaya disambungkan.

Apa yang berlaku? Tiada isyarat? Dia mencuba berkali-kali tetapi masih tidak berjauh. Sekarang, walaupun dia tidak begitu bijak, dia tahu Yu Lili yang tak guna itu telah menyekat nombor telefonnya! Shen Manting mengetap gigi dan menghentak meja dengan marah. Orang-orang di sekeliling mendengar bunyi itu dan berpaling ke arahnya. Shen Manting tersedar kelakuannya tidak sopan dan kemarahannya sedikit hilang. Dia terus berdiri dan keluar dari kafe itu dengan tergesa-gesa.

Yu Lili melihat jamnya dengan perasaan senang hati. Dia sedang membelek kartun melalui telefon bimbitnya dan melihat carta kartun yang sedang popular. Dia belum sempat melihat carta di papan digital ketika satu panggilan masuk. Nombor itu juga tidak dikenalinya, tetapi nombor itu datang dari Kangcheng.

Dia sudah tahu siapa pemanggil itu tanpa perlu berfikir. Hatinya terasa senang tetapi dia langsung tiada niat untuk menjawab panggilan itu. Dia terus menolak panggilan itu malah menyekat nombor telefon itu juga.

Shen Manting yang masih memegang telefon mengetapkan giginya dengan marah. Berani perempuan ini permainkan aku! Perempuan jalang! Kemudian dia terus memandu ke syarikat Ou Ming.

Ketika ini Ou Ming sedang sibuk di pejabatnya selepas baru sahaja selesai bermesyuarat. Tiba-tiba seorang pekerjanya dari pejabat setiausaha datang dan memberitahu, "Maafkan saya, Bos. Tunang Bos, Cik Shen sedang tunggu Bos."

Sebaik mendengar nama itu, dahi Ou Ming berkerut dan dia berkata, "Saya sibuk, tak dapat jumpa dia."

Setiausaha itu kelihatan malu dan berkata, "Cik Shen cakap dia ada perkara penting untuk diberitahu kepada Bos. Dia nampak agak marah. Saya rasa baik Bos jumpa dia."

Ou Ming tersenyum dingin mendengar kata-kata itu. Dia mendongak dan bertanya, "Kamu tahu siapa kamu dan siapa Bos kamu?"

Setiausaha itu terus terdiam. Dia tunduk hormat dan keluar dari pejabat Ou Ming tanpa lupa menutup pintu. Sebaik keluar, dia melihat Shen Manting sedang duduk di ruang tetamu sambil menghirup kopi dengan kakinya disilangkan. Shen Manting memakai kot bulu berwarna kuning cair dan rambut ikal mayangnya diikat ke atas. Solekannya pada wajahnya kelihatan cantik dan seksi. Dia amat cantik, seakan Juara Ratu Cantik Asia.

Namun begitu, kecantikannya tidak dapat melindungi panas barannya. Sebaik mendengar perkara yang disampaikan setiausaha itu, dia terus berdiri dan mendengus dingin. "Sibuk sangatkah dia sehingga tunang sendiri juga tidak dapat berjumpa?"

Related Books

Popular novel hashtag