Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 826 - Saya Tak Ada Wang

Chapter 826 - Saya Tak Ada Wang

Seperti dijangka, dia melihat seorang doktor yang memakai kot putih diikuti seorang lelaki yang tegap turun ke arahnya. Lelaki di belakang doktor itu memakai sut berbelang gelap. Sebelah tangannya berada di dalam poket dan dia melihat ke bawah. Matanya kelihatan agak dingin dan Yu Lili tidak dapat mengagak keadaan emosi lelaki itu.

Hati Yu Lili terasa bagai direntap sebaik melihat susuk tubuh lelaki itu.

Dia. Dia selamatkan saya kah? Mengapa? 

Yu Lili memalingkan wajahnya. Matanya terasa hangat dan seakan ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.

Jururawat itu melambai ke arah Ou Ming dan berkata, "Tuan, cepat bawa dia kembali ke wad. Dia mahu larikan diri. Pesakit ini baru sedar dan perlu jalani ujian perubatan."

Ou Ming berjalan menuruni tangga dengan perlahan sambil merenung Yu Lili dan bertanya, "Kenapa kamu larikan diri?" Ia suara yang biasa didengar oleh Yu Lili, namun nada suara itu tidak seperti yang biasa didengarinya. Nada suara itu tidak berbaur provokasi mahupun baik seperti yang didengarnya sebelum ini. Kata-kata Ou Ming seakan dilitupi ais, berbeza dan asing.

Yu Lili merasakan suaranya tersekat. Dia menelan air liur dan teragak-agak sebelum berkata, "Saya tak ada wang… untuk bayar bil hospital ini."

Ayat ringkas Yu Lili itu seakan satu penukul berat yang memukul hati Ou Ming dengan kuat. Serta-merta hatinya terasa pedih dan sakit. Mata Ou Ming sedikit berubah. Dia datang ke arah Yu Lili lalu menarik lengannya dengan wajah dingin. Ou Ming menarik dengan kuat namun Yu Lili tidak berganjak. Yu Lili tunduk dengan mata kemerahan sambil sebelah lagi tangannya memegang erat susur tangga. 

"Balik ke wad kamu!" Nada Ou Ming berbaur arahan sambil menarik Yu Lili lebih kuat.

Namun Yu Lili hanya bergerak sedikit. Kemudian dia kembali memegang susur tangga itu dengan kuat sambil mengetap giginya dengan kepala yang ditundukkan. "Saya tak tahu sejak bila kamu pandai merisaukan hal orang lain," kata Yu Lili.

Ou Ming berhenti menarik dan memandang Yu Lili.

"Ou Ming, kenapa kamu tak boleh berpura-pura tidak kenal saya saja? Kenapa kamu perlu jadi begitu menjengkelkan dan selamatkan saya? Tak kira siapa yang suruh kamu selamatkan saya, saya dah tak mahu hidup lagi…" Suara perlahan Yu Lili bergema kecil di ruang tangga kecemasan itu. Esakan mula kedengaran dan dia mendongak dengan air mata menuruni pipinya. "Kenapa kamu tak biarkan saya saya mati? Kenapa perlu menyibuk?" Yu Lili berkata sambil menangis teresak-esak.

Mendengar kata-kata itu, hati Ou Ming yang sudah sememangnya pedih kini seakan dimakan hidup-hidup sehingga berdarah dan amat menyakitkan.

Ou Ming merenung Yu Lili dengan pandangan mendalam, kemudian berpaling sedikit ke arah lain sebelum tiba-tiba tersenyum. Mulutnya menyenget dengan senyuman menawan. Dia memandang Yu Lili dengan matanya yang seakan tasik dalam yang membeku tanpa sebarang kehangatan.

"Kamu tak tahukah? Saya sememangnya baik sejak dahulu," kata Ou Ming lalu memegang tangan Yu Lili dan mengusapnya lembut. "Saya sedang lakukan perkara saya seperti ketika saya beli kamu dari sarang pelacur itu. Saya selamatkan aku. Bukankah kamu sepatutnya ucap terima kasih kepada saya?"

'Pelacur', 'Beli'! Perkataan-perkataan itu amat memedihkan hati Yu Lili. Dia menolak tangan Ou Ming dengan mata yang kemerahan, namun tangannya dipegang kuat oleh lelaki itu.

Ou Ming memegang tangan Yu Lili dengan sedikit kemarahan yang kelihatan pada matanya. Senyuman sinisnya semakin lebar dan dia berkata perlahan, "Sekarang kamu dah besar, kamu pandai bermain tipu helah. Adakah ini helah di mana kamu tinggalkan seseorang untuk menahan dia kembali selepas itu?"