Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 717 - Malam yang Menggembirakan Selalunya Pendek...

Chapter 717 - Malam yang Menggembirakan Selalunya Pendek...

Li Sicheng tersenyum lalu mendukung Li Jianyue ke bilik anak-anaknya. Su Qianci menutup zipnya di belakang. Setelah berpaling kembali, dia berasa geli hati melihat rupa anaknya. Wajahnya bertambah merah sebaik sahaja Li Sicheng dan Li Jianyue keluar. Kejutan yang telah disediakannya masih belum diberi.

Sebenarnya dia menyangka dia tidak akan dapat mengeluarkannya. Tetapi akhirnya mereka diganggu oleh gadis kecil itu. Mungkin ini yang dikatakan ada hikmah? Su Qianci tersenyum menggoda dengan wajah kemerahan.

*****

Sebaik sahaja masuk ke bilik budak-budak itu, Li Sicheng melihat sebuah menara permainan blok bangunan yang besar dan tinggi. Blok itu ialah permainan blok kayu yang dibelikannya untuk Li Jianqian. Ramai orang dewasa turut gemar bermain permainan ini.

Li Sicheng terkejut sebalik melangkah masuk. Bangunan blok permainan itu telah disusun tinggi hingga menyamai ketinggian Li Jianqian! Bahagian dalam menara itu kosong dengan beberapa ruang di antaranya. Menara itu berbentuk bulat. Namun empat tingkat terbawah langsung tiada ruang udara. Semakin tinggi, ruang antara blok itu semakin berkurang. Setiap blok hanya selebar satu inci dan ia diletakkan berselang-seli sebanyak berlapis-lapis, jadi sekurang-kurangnya beberapa ratus blok telah digunakan.

Li Jianqian dan Li Mosen kelihatan gembira. Apabila mereka meletakkan blok terakhir di tempat teratas, seluruh menara itu sedikit bergegar. Tetapi ia hanya gegaran kecil. Selepas beberapa saat, gegaran itu berhenti. Menara itu amat tinggi tetapi juga amat kukuh. Ia diletakkan di hujung katil kecil mereka dan bersebelahan dengan katil Li Jianyue.

"Wah!" Li Jianyue kelihatan sudah terlupa mengapa dia memanggil ayahnya datang. Dia merenung menara tinggi itu dengan penuh kagum. "Hebatnya! Tinggi betul!" Kemudian dia mahu turun dari dukungan Li Sicheng.

Li Sicheng meletakkan Li Jianyue ke bawah, tetapi Li Jianqian dan Li Mosen yang merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku terus menjerit serentak, "Jangan dekat!"

Li Jianyue berasa takut dengan jeritan mereka dan terkaku. Li Jianqian dan Li Mosen menghadang menara itu kerana takut Li Jianyue akan datang dan memusnahkannya.

"Papa…" Li Jianyue memuncungkan bibirnya lalu berpaling ke arah Li Sicheng di belakang sebelum menangis kembali.

Li Sicheng memeluk Li Jianyue lalu duduk di sisi katil mereka dan bertanya, "Kamu berdua yang bina menara ni?"

"Ya!" jawab Li Mosen dengan mata yang bersinar-sinar memandang Li Sicheng. "Dasu dan saya yang bina. Hebat, kan?" Li Jianqian turut kelihatan berharap dan memandang Li Sicheng dengan wajah kemerahan sambil menanti komennya.

"Boleh tahan, tapi lain kali ajar adik kamu juga cara untuk bermain. Sekarang masa tidur. Pergi naik ke katil masing-masing."

Li Mosen dan Li Jianqian segera naik ke katil mereka lalu menyelubungkan kepala dengan selimut.

Li Jianyue merenung menara itu dengan mata besarnya dan mahu menyentuhnya. Li Jianqian yang menyedari perkara itu segera memberi maran, "Jangan sentuh. Nanti roboh!"

"Kedekut!" Li Jianyue turun dari pelukan Li Sicheng lalu naik ke katilnya sambil memandang menara itu dengan penuh keinginan.

Li Sicheng ketawa kecil kemudian berkata tegas, "Lain kali ingat, main dengan adik kamu juga. Dengar?"

"Okey!" jawab Li Jianqian lalu menarik selimut menutupi kepalanya kembali.

Li Sicheng keluar lalu menutup pintu, tetapi belum sempat pintu itu ditutup sepenuhnya, dia mendengar jeritan dari dalam. Mendengar suara jeritan itu, dia berasa tidak berdaya.

Budak-budak, malam yang gembira selalu pendek…

Related Books

Popular novel hashtag