Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 710 - Jika Anak-Anaknya Masih Hidup

Chapter 710 - Jika Anak-Anaknya Masih Hidup

Selepas makan malam, seluruh keluarga berkumpul bersama-sama. Su Qianci mengetuai anak-anaknya untuk menyanyi lagu hari jadi dan Li Sicheng tersenyum dengan amat lebar.

Belum sempat lagu itu habis dinyanyikan, tiba-tiba kedengaran loceng pintu dibunyikan. Su Qianci pergi membuka pintu lalu melihat Ou Ming yang kelihatan agak keletihan. Su Qianci terkejut lalu segera menjemputnya masuk dan memanggil, "Sayang, Ou Ming datang!"

Ou Ming? Li Sicheng turut terkejut. Kebetulan nyanyian anak-anaknya sudah hampir ke penghujung dan Ou Ming tiba di hadapan matanya.

Ou Ming membawa bersamanya beberapa cenderahati dari ibu kota, sebotol wain dan satu kotak hadiah yang kelihatan mahal. Sebaik sahaja melihat Li Sicheng, dia menghulurkan semuanya kepada sahabat baiknya itu. Ou Ming ketawa kecil tetapi matanya jelas kemerahan. Kedua-dua sahabat itu memandang satu sama lain sambil tersenyum lalu berpelukan. Pelukan mereka tidak seperti pelukan wanita, ia pelukan yang agak maskulin.

"Kau balik akhirnya." Ou Ming menepuk-nepuk belakang Li Sicheng. Riak wajahnya dipenuhi emosi dan matanya semakin merah.

Li Sicheng hanya ketawa mendengar kata-kata itu. Dia menumbuk sisi Ou Ming perlahan dan berkata dengan nada berpura-pura marah, "Berani kau cakap begitu. Aku dah tunggu kau lebih dua minggu, setiap hari kau tipu aku!"

Ou Ming turut ketawa. Dia menolak Li Sicheng dan meletakkan tangannya pada bahu sahabat baiknya itu. "Aku dah ada di sini, okey? Aku bawa kau hadiah hari jadi juga, jam edisi terhad yang kau nak dari dulu."

Li Sicheng ketawa kecil kemudian berpaling ke arah tiga orang kanak-kanak di belakangnya. "Cakap hai dekat Pak Cik Ou."

"Hai Pak Cik Ou!" Ketiga-tiga mereka berkata serentak. Suara comel Li Jianyue kedengaran paling kuat.

Tetapi Li Jianyue langsung tidak mendongak. Dia sedang merenung kek di hadapannya dengan bibir yang dimuncungkan, kemudian berkata, "Papa, jomlah tiup lilin. Lilin dah nak cair. Kalau Papa tak tiup nanti kita dah tak boleh makan kek ni." Li Jianyue masih seorang kanak-kanak, tetapi dia bijak seperti abangnya dan bercakap seperti orang dewasa. Tambahan pula dia selalu menonton drama TV bersama Kapten Li dan Qin Shuhua, jadi dia sudah belajar banyak perkara sama ada baik atau tidak.

Kata-kata anaknya membuatkan Li Sicheng tersenyum. "Kamu tiupkanlah untuk Papa."

"Tak boleh, Papa kena buat hajat dulu sebelum tiup lilin. Dan Papa kena tiup sendiri, kalau tak hajat tu tak akan jadi kenyataan."

Li Sicheng berpura-pura terkejut dan bertanya, "Betulkah?"

Li Jianyue percaya dengan riak wajah Li Sicheng lalu mengangguk dengan wajah serius. "Dah tentulah betul. Marilah Papa! Kalau lilin cair nanti hajat Papa tak akan jadi kenyataan!"

"Dia cuma nak makan kek." Li Jianqian mendedahkan niat sebenar adiknya dengan kejam.

Pipi Li Jianyue bertukar kemerahan dan dia berkata dengan marah, "Mana ada! Abang Mosen, saya bukan macam tu kan?"

Li Mosen menggeleng. "Bukan!"

"Ha! Orang lain boleh nampaklah!" Li Jianyue mencebik kepada Li Jianqian kemudian menoleh ke arah Li Sicheng dan menggesa, "Cepatlah Papa!" Kanak-kanak yang baru hampir mencecah empat tahun itu berkata kepada ayahnya dengan suara yang manja. Ou Ming memandang Li Sicheng dengan cemburu. Perasaan kesal yang mendalam menyelubungi hatinya. Jika anak-anaknya masih hidup, agaknya berapa umur mereka sekarang? 

Related Books

Popular novel hashtag