Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 666 - Papa, Saya Mahu Dilambung Juga

Chapter 666 - Papa, Saya Mahu Dilambung Juga

Sangat menakutkan… tingginya!

Li Jianqian memandang ke bawah dan berasa agak takut. Tetapi dia dapat merasakan tangan besar ayahnya memegangnya dengan kuat dan tidak dapat mengelak daripada berasa teruja.

Tingginya, tingginya!

Semalam adiknya telah didukung tinggi dan sekarang adalah gilirannya!

Seronoknya!

Wajah Li Jianqian agak kemerahan kerana teruja. Dia memandang ke bawah dan belakang sambil memegang kepala ayahnya dan berasa amat gembira. Li Mosen memerhatikan mereka dengan perasaan cemburu. Tangannya memimpin Li Jianyue sambil mereka berlari. Li Sicheng hanya berjalan tetapi mereka tidak dapat mengejarnya walaupun dengan berlari! Li Jianqian turut menyedari perkara itu dan merasakan ayahnya sangat kuat! Ayahnya seorang lelaki dewasa! Dia berasa seronok apabila memikirkan lelaki ini ialah ayahnya! Li Jianqian ketawa dan menjerit ke belakang, "Mosen, cepatlah kejar!"

Li Sicheng tersenyum kecil apabila mengetahui anak lelakinya gembira lalu berkata, "Pegang kuat-kuat. Saya akan berlari!"

Sebaik sahaja mengatakannya, Li Sicheng memegang Li Jianqian dengan kedua-dua tangannya lalu mula berlari. Dia berlari dengan sangat pantas sehingga Li Jianqian merasakan dirinya seakan sedang terbang. Li Jianqian menjerit, "Ah, ah!" Angin menderu masuk ke dalam mulutnya dan suaranya bergema. Li Jianqian tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Li Sicheng turut berasa gembira. Dia membelok ke satu selekoh sebelum berlari kembali ke arah Li Mosen dan Li Jianyue.

Tiba-tiba Li Jianqian merasakan tubuhnya dilambung ke atas lalu menjerit, kemudian dia segera ditangkap kemas oleh tangan yang kuat. Matanya terbeliak kerana amat gerun, tetapi perasaan teruja dan bahagia lebih kuat dirasakannya. 

Seronoknya!!

"Seronok?" Li Sicheng tunduk memandang anak lelakinya itu dengan mata yang seakan tersenyum. Mata ayahnya itu seakan mempunyai galaksi di dalamnya. Sangat cantik!

Li Jianqian merenung mata ayahnya sebelum pipinya bertukar kemerahan. Dia tidak dapat menahan senyumannya lalu mengangguk. "Seronok!"

"Kalau macam tu Papa akan selalu bermain dengan kamu."

Papa!

Li Jianqian mengangguk dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan teruja. "Saya nak main lagi!"

"Jom!" Li Sicheng mengangkat anaknya yang terus ketawa dengan gembira.

Li Jianyue dan Li Mosen mengekori mereka dari belakang. Li Jianyue memuncungkan bibirnya dan kelihatan tidak gembira. "Papa jahat. Kenapa Papa tak dukung saya!"

Li Mosen yang turut cemburu memegang tangan Li Jianyue dan cuba memujuknya. "Nanti giliran kamu pula."

"Betul?"

"Betul, Pak Cik paling suka Ersu."

Li Jianyue kembali ceria. Dia melepaskan tangan Li Mosen lalu berlari ke hadapan dengan kaki kecilnya. "Papa, saya nak dilambung juga!"

Li Mosen segera mengejarnya sambil menjerit, "Ersu, hati-hati!"

Kapten Li berjalan keluar ke halaman rumah dengan tongkatnya. Apabila melihat Li Sicheng dan anak-anaknya, dia ketawa dengan gembira dan menoleh ke arah Liu Sao yang sedang sibuk membuat kerja rumah. "Ini barulah keluarga. Qianqian dah menderita terlalu lama."

Liu Sao turut tersenyum. "Kan? Sekarang Li Sicheng dah kembali, anak-anak mereka gembira, dia juga sudah bahagia." Kemudian Liu Sao menoleh ke arah jam yang tergantung di ruang tamu lalu tersenyum dan berbisik kepada Kapten Li, "Dia belum bangunkah? Pasti letih!"

Sebaik mendengar kata-kata Liu Sao, Kapten Li terbatuk kecil lalu berjalan masuk ke dalam rumah dan berkata, "Orang tua tak boleh fikir terlalu jauh. Tak baik untuk kesihatan."