Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 601 - Dia Datang Tanpa Memberitahu Sesiapa

Chapter 601 - Dia Datang Tanpa Memberitahu Sesiapa

Atuk telah memerangkapnya lagi kali ini. Atuk tidak tahukah perasaan malu dan bersalah yang menyelubunginya? Lelaki tua itu berpura-pura tidak mendengar nada marah Su Qianci dan berkata kepada Li Jianqian, "Kamu jangan berlari ke sana sini. Dengar cakap Mama kamu dan jaga adik kamu. Faham?"

Li Jianqian mengangguk. "Saya tahu Atuk, saya akan jaga adik saya!"

"Saya juga!" Li Mosen tidak mahu ketinggalan. Li Jianyue yang sedang didukung Lu Yihan memandang ibunya. "Mama, Mama dah siap makan?"

Lu Yihan memandang Su Qianci dan tersenyum kecil. "Jom."

Su Qianci langsung tidak teringin untuk pergi! Tetapi apabila melihat wajah penuh berharap Li Jianyue, dia keberatan untuk mengecewakan anaknya itu. Li Jianqian berlari ke arah ibunya dan menarik tangannya. "Mama, jom pergi!" Su Qianci ditarik sehingga ke luar rumah oleh Li Jianqian.

Shuang Yu mengekori mereka tanpa berkata apa-apa sambil memimpin tangan Li Mosen. Mereka masuk ke dalam kereta RV Su Qianci bersama-sama.

Hari ini ialah hujung minggu dan Yang tidak bekerja.

Lu Yihan terus masuk ke tempat duduk pemandu tanpa berkata apa-apa, manakala Su Qianci dan Shuang Yu duduk di belakang bersama tiga kanak-kanak itu. Sebuah IPAD diletakkan di antara tempat duduk Li Jianqian dan Li Mosen, manakala Li Jianyue duduk di bawah sambil memerhatikan kedua-dua budak lelaki itu bermain permainan di IPAD tersebut.

Su Qianci bersandar di sofa dan berasa agak tertekan. Loket berbentuk swan pada lehernya bersinar terang. Dia menyentuh loket itu dan tidak dapat mengelak daripada terbayangkan riak wajah suaminya jika melihat mereka sekarang. Pasti lelaki itu akan patah hati. Namun tiada apa yang dapat Su Qianci lakukan sekarang. Dia termenung seketika sebelum mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Li Jinnan.

Li Jinnan sedang menguruskan sesuatu di syarikat pada ketika itu. Sebaik melihat panggilan itu daripada Su Qianci, dia terus menjawabnya.

"Adik ipar?"

"Ya."

"Ada apa-apa perkembangan?"

Li Jinnan diam seketika sebelum menjawab, "Saya sedang buat perancangan. Buat biasa saja dan biar saya uruskannya, kakak ipar."

"Ada apa-apa berita baru?"

"Ada."

Mata Su Qianci bersinar dan dia membetulkan kedudukannya. "Apa dia?"

"Biar saya uruskannya. Bukankah kamu bawa budak-budak itu ke taman tema harini? Bergembiralah."

"Jinnan…" Su Qianci mahu berkata sesuatu, tetapi Li Jinnan sudah memutuskan talian. Su Qianci berasa tidak gembira. Apabila memikirkan dia sedang membawa anak-anaknya ke taman tema bersama Lu Yihan, hatinya semakin tidak senang,

Li Jianqian sedang bermain satu permainan atas talian dan jelas sangat mahir kerana sekali sekala akan kedengaran suara Li Mosen bersorak gembira. Li Jianyue sebenarnya tidak tahu apa yang membuatkan Li Mosen teruja, tetapi terus memerhatikan budak lelaki itu dan turut bersorak. Walaupun Li Jianqian berasa jengkel dengan adiknya, tetapi dia berasa seronok apabila mereka bersorak kepadanya.

Sebaik tiba di taman tema itu, Lu Yihan memarkir kereta dan membawa semua kanak-kanak itu turun. Disebabkan hari ini hari Sabtu, taman tema itu dipenuhi orang ramai.

Li Jianyue memegang tangan ibunya dan melihat orang ramai yang datang bersama anak-anak mereka. "Wah, ramainya orang Mama!"

"Jom, Pak Cik bawa kamu pergi bermain!" Lu Yihan mendukung Li Jianyue dan berjalan ke dalam taman tema itu.

Li Jianqian dan Li Mosen turut kelihatan teruja dan berlari-lari ke pagar. Shuang Yu mengekori mereka dengan rapat kerana bimbang kehilangan mereka. Su Qianci yang masih berasa tertekan agak ketinggalan di belakang.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka tidak menyedari mereka telah diekori oleh sebuah kereta sport putih sejak tadi. Sebaik sahaja mereka turun dari kereta, lelaki itu turut turun dan mengekori mereka secara senyap-senyap.

Lelaki itu memakai t-shirt kelabu gelap berlengan pendek yang mendedahkan kulitnya yang bertan dengan sempurna bersama sepasang seluar jean dan kasut kanvas.

Dia turut memakai topi dan sepasang kaca mata hitam yang besar. Manakala telinganya ditutupi oleh rambutnya yang berwarna cerah dan hanya mendedahkan sepasang subang berlian bercorak pangkah. Dia telah datang tanpa memberitahu sesiapa. Walau bagaimanapun, sebaik melihat pakaian yang dipakai oleh lima orang itu, matanya di bawah kaca mata itu terus berubah dingin dan gelap.

Related Books

Popular novel hashtag