Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 579 - Walaupun Saya Dah Hilang Semuanya, Saya Masih akan Jadi Pemenang Terbesar

Chapter 579 - Walaupun Saya Dah Hilang Semuanya, Saya Masih akan Jadi Pemenang Terbesar

"Bank," jawab Su Qianci tanpa teragak-agak. Dia mengambil cip yang dihulurkan oleh Setiausaha Bai dan meletakkannya ke atas meja.

"Banyaknya?" Tang Qing mengangkat keningnya. Tubuhnya yang menggiurkan menarik perhatian ramai orang di situ. Ramai lelaki merenungnya dengan mata yang hampir terbeliak.

Pemain memenangi pusingan pertama. Kemudian sehinggalah pusingan ketujuh, pemain masih juga sentiasa menang.Tang Qing menggeleng kepalanya dan memandang Su Qianci dengan riak wajah bimbang. Dia mengeluh, "Bukankah lebih baik kalau kamu bertaruh kepada pemain? Kamu dah kalah banyak wang. Sayangnya."

"Syarikat LS tak kisah kehilangan wang sebanyak ini." Su Qianci langsung tidak kelihatan kesal setelah asyik kalah, sebaliknya tersenyum lebar. "Berapa jumlah cip yang kita ada?"

"Satu juta," jawab Setiausaha Bai.

"Kamu dah hilang satu juta dalam masa singkat. Nampaknya Syarikat Li memang sangat kaya," kata Tang Qing dengan kagum. "Syarikat saya kecil saja, jadi saya tak mampu kehilangan sebanyak itu." Benar, jika kekuatan TL sama seperti apa yang ditunjukkan, ia memang tidak akan mampu menanggung kerugian terlalu banyak.

Su Qianci memandang Tang Qing kemudian mengangkat keningnya sedikit sebelum berkata acuh tidak acuh, "Pusingan terakhir, saya gunakan semua, bank." Setiausaha Baik berasa agak gerun mendengarnya, tetapi tetapi mengikut arahan Su Qianci. 

"Cik Tang dah menang banyak. Kamu nak bermain lagi?"

Tang Qing mengecilkan matanya lalu mengangguk. "Okey. Satu juta." Tang Qing telah memenangi banyak wang. Jadi satu juta bukan lagi kerisauannya.

Perunding itu memulakan rundingan. Bank 9 mata, pemain 7 mata. Setiausaha Bai tidak dapat menahan dirinya daripada berasa teruja dan menjerit kecil apabila melihat timbunan cip di hadapan Su Qianci.

Riak wajah Tang Qing mula berubah. Su Qianci mengangkat keningnya dan tersenyum. "Boleh tahan. Walau saya dah kalah semuanya awal-awal tadi, saya masih akan jadi pemenang terbesar. Betul tak, Cik Tang?"

Mendengar kata-kata itu, Tang Qing yang sedang berpeluk tubuh mencubit lengannya tanpa sedar. Tetapi dia kekal tersenyum dengan riak wajah yang tidak berubah. Pergerakan kecil itu dilihat oleh Su Qianci. Tang Qing tidak gembira dan mencubit lengan sendiri. Walaupun telah cuba menahan dirinya, tetapi tabiat lama sukar dibuang.

Tang Mengying selalu mencubit lengannya sendiri apabila tidak gembira. Itu ialah tabiat kecil yang telah dilakukannya sejak kehidupan lalu Su Qianci. Kebetulan? Su Qianci cuba meneka, tetapi ketika itu, tiada masa untuk dia berfikir lebih panjang.

Su Qianci berpura-pura tidak menyedari apa-apa lalu tersenyum ceria kepada Setiausaha Bai, "Tolong pergi tukar cip-cip ini dan kembali segera. Jumlahnya lebih 10 juta, cukup untuk kita belanja Cik Tang makan malam." Kemudian dia memandang Tang Qing dan berkata, "Kamu ada restoran yang kamu suka?"

"Disebabkan saya tetamu, apa kata kamu yang pilih?"

"Kalau macam tu kita pergi makan makanan laut, okey?" kata Su Qianci lalu tersenyum gembira. "Itu barulah sesuai dengan taraf Presiden Tang. Jom pergi."

Su Qianci langsung tidak memberi ruang kepada Tang Qing untuk membantah lalu berdiri dan meletakkan tangan di atas bahu Tang Qing. Tang Qing kelihatan sedikit ketakutan dan mengelak. Apabila Su Qianci memandangnya dengan hairan, dia menjelaskan, "Maaf, saya tak suka orang sentuh bahu saya." 

Kebetulan betul. Tang Mengying juga sama seperti itu kerana ketika kecil, seseorang meletakkan ulat bulu di atas bahunya. Ia bukan perkara besar, tetapi Tang Mengying telah trauma sejak hari itu. Tambahan lagi, Tang Mengying mempunyai alahan terhadap makanan laut dan kesannya terhadap Tang Mengying amat serius.