Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 468 - Saya Serius untuk Dapatkan Kamu

Chapter 468 - Saya Serius untuk Dapatkan Kamu

Rong Rui memandang Cheng You dengan tenang dan menggeleng perlahan. "Tak ada."

"Saya tak percaya!" Cheng You memindahkan wang itu sekali lagi. Serentak dengan itu, jari Rong Rui menari-nari di atas skrin telefonnya dan menaip jumlah yang dikatakannya tadi.

Ting!

10 juta kini berada di dalam akaun Cheng You. Dada Cheng You terasa sesak. Dia mahu memindahkan wang itu kembali, tetapi mendapati dia telah mencapai had pemindahan untuk hari itu.

Rong Rui memandangnya dengan wajah berpuas hati. Dia menggoyang-goyangkan telefonnya dan berkata, "Tak percaya? Saya boleh lakukannya sekali lagi."

"Cukup…" Cheng You berasa amat tidak berdaya dan seakan mahu membunuh diri. Dia tidak pernah bermimpi akan berjumpa penyangak seperti ini. Lebih teruk lagi penyangak ini bukan hanya mampu berbuat apa sahaja, tetapi juga kaya.

"Hei, kamu yang perdaya saya sehingga saya serahkan kesemua wang. Sekarang saya tiada satu sen pun dah tiada tempat tinggal. Kalau kamu halau saya, saya akan telefon polis. Kamu rasa apa hukuman kamu akan dapat atas tuduhan menipu untuk dapat 10 juta?" Rong Rui tersenyum sambil menghampiri Cheng You. "10 tahun penjara? 20 tahun? Atau lebih?"

Cheng You berasa takut apabila Rong Rui bergerak semakin hampir, kemudian menarik nafas lega apabila lelaki itu berhenti. "Esok saya akan ke bank untuk serahkan kembali wang kamu."

"Sia-sia saja. Macam saya cakap tadi, kalau kamu serah kembali 10 juta, saya akan pindahkan 20 juta, dan seterusnya."

Cheng You merenung Rong Rui. Berapa banyak wang yang lelaki ini ada sebenarnya? Ibu bapanya tidak akan pukul diakah kerana membuang duit sesuka hati seperti ini? Cheng You menarik nafas dalam dan merubah fikirannya. Jarinya mengetuk-mengetuk skrin telefonnya. "Tapi ini duit kamu, saya tak boleh ambil. Kamu berikannya secara paksa dan ugut untuk saman saya jika saya kembalikan. Saya sangat bingung sekarang."

Mata Rong Rui menjadi gelap dan dia bergerak menghampiri Cheng You. Cheng You yang ketakutan segera berundur.

"Cheng You, saya serius nak dapatkan kamu. Saya juga serius untuk kahwini kamu."

Jantung Cheng You berdegup kencang, tetapi dia memaksa dirinya untuk bertenang. Dia mahu cuba memerangkap Rong Rui. "Jadi kamu menceroboh rumah saya, beri 10 juta dan cakap itu bayaran sewa. Kalau saya tak terima, kamu ugut untuk telefon polis dan sumbat saya ke dalam penjara. Itu perangai yang jijik." 

"Jijik?" Rong Rui mengangkat kening dan menolak Cheng You secara tiba-tiba. "Waktu kamu paksa saya tidur dengan kamu, kamu tak gunakan perkataan tu."

Cheng You naik darah mendengar kata-kata itu lalu membentak, "Siapa yang mulakan?"

"Kamu yang bawa saya ke hotel, bukan?"

"Itu sebab kamu perlu berehat!"

"Selepas masuk ke bilik hotel, kamu tanggalkan baju saya dulu, kan?"

"Mana ada!"

"Ada, dan kamu juga beritahu yang kamu tak ada teman lelaki, kan?"

"Saya…" Wajah Cheng You bertukar kemerahan.

"Kamu tanggalkan baju dan seluar saya. Ya kan?"

"Kamu…"

"Saya tak mahu lakukannya, tetapi kamu gelarkan saya hipokrit, bukan?"

"Berambuslah!"

"Untuk buktikan saya tak hipokrit, saya lakukan apa yang kamu nak. Kalau tak, kamu ingat saya akan lakukannya dengan orang seperti kamu?" Pandangan Rong Rui kelihatan penuh penghinaan. "Dipendekkan cerita, ia berlaku tanpa kerelaan saya ketika itu."

"Jangan berani nak menipu lagi!"

"Kenapa tak boleh?" Rong Rui tersengih dan mendekatkan mulutnya ke telinga Cheng You lalu berbisik, "Hantar rakaman suara ini kepada polis dan kita tengok siapa akan ditahan?"

Cheng You merenung lelaki itu dengan mata terbeliak. Belum sempat dia berkata apa-apa, Rong Rui terus memeluknya dan mencium bibirnya. Rong Rui mengambil telefon di tangan Cheng You dan meletakkannya ke tepi sebelum terus mencium wanita itu dengan lebih mendalam. Cheng You berasa tidak selesa lalu berjinjing tanpa sedar. Perbuatannya menyemarakkan lagi nafsu Rong Rui yang sedang membuak-buak.

"Oh…" Cheng You berasa amat teruk. Nafas hangat mereka saling bertembung dan dia berasa hampir tidak mampu bernafas. Tangannya cuba menolak Rong Rui tetapi ia telah semakin lemah.