Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 394 - Saya Telah Dirogol

Chapter 394 - Saya Telah Dirogol

Su Qianci terus muntah tetapi yang keluar hanyalah air. Dia langsung tidak menjamah apa-apa selain minum air selama 24 jam. Su Qianci berasa pening lalu tertidur kembali. Apabila dia terjaga, jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Dia merasakan tangannya dipegang oleh seseorang. Dia menggerakkan jarinya dan membuatkan lelaki yang telah tertidur itu terjaga.

Li Sicheng meletakkan tangannya pada dahi Su Qianci dan wajahnya berkerut. Su Qianci sedikit bingung melihat lelaki di hadapannya itu. Kelihatan lingkaran gelap di bawah mata Li Sicheng manakala rambutnya sangat berserabut. Wajahnya juga kelihatan kusut. Walaupun Li Sicheng telah menukar pakaiannya, dia masih kelihatan teruk. Dahi dan keningnya ditampal dengan pembalut kasa. Sebaik menyedari lelaki itu ialah suaminya, Su Qianci mengetap bibir dan mula menangis.

Li Sicheng terkejut lalu bertanya dengan lembut, "Kamu rasa sakit? Di mana?"

Su Qianci memegang tangan suaminya sambil terus menangis. "Seluruh tubuh saya sakit…"

Kening Li Sicheng bercantum. Dia mengelap air mata isterinya itu.

Su Qianci tiba-tiba berundur dan berkata, "Jangan sentuh saya!" Dia tahu HIV boleh berjangkit melalui cecair dari badan. Tetapi dia berasa lebih kecewa apabila mengelak sentuhan suaminya. Dia menggigit bibirnya dan menangis teresak-esak.

Li Sicheng melarikan tangannya dan merenung Su Qianci. "Kenapa?" Mata hitamnya yang dalam kelihatan penuh kerisauan.

Su Qianci terus menangis dengan lebih kuat. "Encik Li, saya…"

Saya telah dirogol. Saya dah dijangkiti HIV dan mungkin akan mati. Mungkin saya tak akan dapat bersama kamu lagi…

Su Qianci tidak dapat meluahkan kata-kata yang berada di dalam hatinya. Dia menggenggam erat tangan suaminya sambil terus menangis seperti kanak-kanak yang kesedihan.

Li Sicheng membantunya bangun dan memeluk isterinya itu sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Sebelum meletakkan kepalanya di atas bahu Li Sicheng, Su Qianci mengelap air matanya supaya ia tidak jatuh ke atas suaminya itu. Dia memegang kolar baju Li Sicheng dan menghidu bau lelaki yang dirinduinya itu dengan penuh perasaan.

 "Semuanya dah okey. Perempuan tua itu dah ditahan atas kesalahan membunuh. Saya akan minta Sheng Ximing untuk uruskan kes itu dan pastikan keadilan ditegakkan."

Sheng Ximing merupakan peguam terhandal di Kingstown. Dengan kepakarannya, Puan Tang berkemungkinan besar akan dipenjarakan lebih dari 10 tahun tidak kira apa jenayah yang dilakukannya.

"Bagaimana kamu jumpa saya?" Su Qianci bertanya dalam esakannya.

"Saya cari kamu di merata tempat." Li Sicheng membelai rambut isterinya dan menyambung, "Mari makan. Atuk bawakan bubur untuk kamu. Dia mengada-ngada mahu jaga kamu juga tapi saya halau dia."

Su Qianci ketawa kecil dan menolak Li Sicheng perlahan. "Jahatnya. Kalau Atuk tahu kamu cakap begitu tentang dia, dia pasti akan tendang kamu."

Li Sicheng memegang tangan Su Qianci dan memeluknya lebih erat.

"Puan Li."

"Ya?"

"Saya ingat saya dah kehilangan kamu buat selama-lamanya." Suara Li Sicheng kedengaran bergetar. "Syukurlah kamu selamat…"

Su Qianci hampir menangis kembali. Dia menolak Li Sicheng perlahan dan memaksa dirinya untuk tersenyum lalu berkata, "Saya lapar."

Related Books

Popular novel hashtag