Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 333 - Rahsia Mereka

Chapter 333 - Rahsia Mereka

"Macam mana kamu nak jelaskan tentang ini?" Qin Shuhua bertanya dengan tegas. "Kontrak perceraian? Ibu tak sangka kamu mampu buat sesuatu seperti ini. Tak tahulah apa yang Kapten Li nampak pada kamu. Kamu dan ibu kamu betul-betul berusaha keras untuk jadikan kamu Puan Li."

Degupan jantung Su Qianci semakin laju. Dia memandang Qin Shuhua yang kelihatan marah, lalu cuba bertenang dan bertanya, "Dari mana Ibu dapat kontrak ini?"

Kontrak Perceraian. Jangka masanya adalah selama setahun. Tujuh bulan telah berlalu sekarang, jadi mereka hanya ada beberapa bulan sahaja lagi. Pada kontrak itu, terdapat tandatangan Su Qianci dan Li Sicheng serta cop merah peguam…

"Okey tak apa." Qin Shuhua kelihatan penuh beremosi ketika dia berdiri. "Kamu dan anak saya dah ada perjanjian seperti ini sejak awal lagi, jadi siapa ayah kepada anak kamu yang gugur itu?"

Su Qianci felt she was suddenly back to her last lifetime when everyone was pointing fingers at her. Qin Shuhua had not changed a bit. However… Su Qianci was no longer that Su Qianci. With her face cold, she stood up and said slowly, "Mother, the reason I call you that is because I treat you as my own mother."

Su Qianci merasakan seolah-olah dirinya kembali ke kehidupan lalu di mana semua orang menuding jari ke arahnya. Qin Shuhua masih langsung tidak berubah. Walau bagaimanapun, Su Qianci bukan Su Qianci yang dahulu. Dengan wajah dingin, dia berdiri dan berkata perlahan, "Ibu, saya panggil Ibu "ibu" kerana saya dah anggap Ibu macam ibu saya sendiri."

Qin Shuhua memandang Su Qianci dengan pandangan tidak percaya. Dia tidak menyangka akan mendengar nada sebegitu daripada menantunya itu.

"Tapi, Ibu pasti apa yang Ibu buat sekarang menunjukkan sikap seorang ibu? Kalau kandungan saya bukan anak Li Sicheng, Ibu ingat anak lelaki Ibu itu akan maafkan saya? Ibu ingat Encik Li boleh bertolak-ansur jika saya curang kepadanya?"

Qin Shuhua terkedu. Memang, tiada sesiapa yang lebih mengenali Li Sicheng daripadanya. Dia tahu anaknya itu panas baran dan tidak akan bertolak-ansur dengan perkara seperti itu.

"Saya tahu Ibu tak pernah sukakan saya. Ibu juga tak pernah layan saya seperti menantu. Saya tahu itu. Tapi kenapa Ibu perlu berusaha bersungguh-sungguh demi menyatukan Li Sicheng dan Tang Mengying?" Su Qianci tidak memahami hal itu. "Waktu di majlis sidang media, Ibu lihat dengan jelas kandungan saya gugur disebabkan perbuatan Tang Mengying. Jika bukan kerana dia, kandungan saya dah berusia tujuh bulan sekarang dan akan lahir sebelum Tahun Baru Cina ini. Dalam masa dua tahun, dia akan panggil Ibu nenek dan panggil saya mama."

Qin Shuhua sedikit terharu. Dia merenung mata Su Qianci yang jelas menunjukkan api kebencian dan berasa keliru. Selama ini dia menyangka Su Qianci tidak akan marah. Tetapi rupa-rupanya wanita yang selalu bersembunyi di belakang Li Sicheng dan Li Xun ini boleh menjadi sangat tegas.

"Tapi Ibu," Su Qianci kelihatan terluka, "Anak saya dah mati dibunuh oleh Tang Mengying. Ibu langsung tak tanya atau persalahkan dia, tetapi kenapa Ibu layan saya seperti ini? Ibu, ini sungguh tak adil."

Qin Shuhua memandang Su Qianci dan berkata dengan nada mengejek, "Jadi Ibu akan percaya kata-kata kamu yang kandungan kamu adalah anak Li Sicheng. Tapi macam mana dengan ini? Bagaimana kamu nak jelaskan?"

Su Qianci melihat kontrak perceraian itu dan tiba-tiba mendapat satu idea yang menjelaskan segala kekeliruannya. Dia ketawa kecil dan wajahnya kelihatan berubah sebelum bertanya perlahan, "Li Sicheng yang suruh Ibu cakap hal ini dengan saya?"

Dia? Li Sicheng? Qin Shuhua memandang Su Qianci dengan terkejut.

Mata Su Qianci menjadi basah. Li Sicheng mahu bercerai lebih awal supaya Tang Mengying dan anak mereka boleh menjadi sebahagian keluarga Li, bukan? Jadi, disebabkan itulah rahsia mereka tiba-tiba muncul di tangan Qin Shuhua bagi mendesaknya supaya bercerai, bukan? Hati Su Qianci berasa teramat pedih. Air mata terus bergenangan di matanya. Seketika kemudian, dia tersenyum. "Tolong beritahu dia saya tak akan bercerai dengannya."