Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 253 - Panggilan Lu Yihan

Chapter 253 - Panggilan Lu Yihan

Telefon bimbit yang diletakkan Su Qianci di atas almari kecil sebelah katil berbunyi. Su Qianci cuba mencapai telefonnya walaupun sedang berasa malu. Walau bagaimanapun, kesakitan yang tiba-tiba dirasakan membuatkannya menjerit dan menarik tangannya kembali. Dia terus memegang bahu Li Sicheng ketika air mata mula bertakung di matanya. Su Qianci merengek dan mahu mengalihkan badannya. Dia menolak Li Sicheng sambil berbisik, "Sakit…" 

Li Sicheng mengunci tubuh Su Qianci dengan kakinya dan mencium bibirnya, lalu menghentikan rengekan Su Qianci. Dia menciumnya dengan lebih ghairah, lidahnya diletakkan ke dalam mulut Su Qianci. Su Qianci dapat merasakan tubuh Li Sicheng yang semakin hangat pada kulitnya dan getaran batang zakar lelaki itu di dalam tubuhnya. Hati Su Qianci menjadi lembut. Ini dia, Li Sicheng. Dia akhirnya bersama dengan Li Sicheng. Pada kehidupan lalu, dia mengejar lelaki ini selama bertahun-tahun, tetapi sekadar memandang dengan kasih sayang juga langsung tidak pernah dilakukan Li Sicheng terhadapnya.

Tetapi sekarang…

Air mata mengalir di pipi Su Qianci ketika dia terus memeluk Li Sicheng dengan erat, seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

Li Sicheng yang dapat merasakan air mata yang masin dan pahit itu terus memandang wajah Su Qianci, menciumnya sambil berbisik, "Masih sakit?"

Ya!

Su Qianci hampir menangis teresak-esak kerana tidak pernah merasakan kesakitan seperti itu sebelum ini. Sebelum ini, dia membuat seks bersama Li Sicheng di bawah pengaruh dadah Tang Mengying. Tetapi kini dia sepenuhnya sedar dan merasakan kesakitannya. Su Qianci memandang Li Sicheng dan dapat melihat lelaki itu cuba menahan dirinya. Li Sicheng mengetap gigi dan kelihatan peluh membasahi dahinya. Su Qianci risau akan suaminya itu dan berasa bahagia pada masa yang sama. Dia memeluk Li Sicheng dengan erat lalu menciumnya, memberikan jawapan tanpa suara.

Li Sicheng menghembus nafas lega. Dia memegang tangan Su Qianci dan mencium belakang tubuhnya dengan penuh ghairah.

Telefon Su Qianci kembali berbunyi buat kali kedua. Hanya beberapa orang yang tahu nombor telefon Su Qianci, jadi sudah pasti ia datang daripada kalangan mereka… Su Qianci memalingkan kepalanya dan berkata sambil tercungap-cungap, "Bagi saya telefon itu, boleh?"

Li Sicheng sedikit teragak-agak, tetapi tetap mencapai telefon itu.

Sekilas pandang, wajah Su Qianci terus bertukar suram. Lu Yihan!

"Jangan angkat." Li Sicheng memutuskan panggilan dan meletakkan telefon itu ke tepi.

Su Qianci menggigit bawah bibirnya sambil memandang telefon itu. Apabila ia berdering buat kali ketiga, Li Sicheng hampir mencampakkannya.

"Bagaimana kalau dia ada kecemasan?" kata Su Qianci.

Wajah Li Sicheng berubah suram ketika dia mengangkat panggilan itu dan menetapkan pembesar suara.

"Hai, Qianqian. Saya dengar ada sesuatu berlaku semalam. Kamu okey?"

"Ya… Ah!"

Su Qianci terjerit dan ia dapat didengar dengan jelas oleh Lu Yihan…