Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 223 - Dia yang Bayar

Chapter 223 - Dia yang Bayar

Tang Mengying berasa sangat marah dan mahu mengejar Su Qianci. Namun, Su Qianci menunjuk ke arah Tang Mengying dan berkata kepada pelayan, "Dia yang bayar."

Pelayan itu terus menghalang Tang Mengying dan membawa bil.

Su Qianci berjalan keluar dari kafe itu dan Yang memandunya terus ke lapangan terbang. Song Yifan telah menunggunya dia di pintu berlepas. Melihat Su Qianci keluar dari kereta, dia berasa lega dan menuju ke arahnya. "Awak dah sampai?"

"Maaf, saya lambat sedikit. Kenapa awak tunggu di sini? Panas di luar ni."

Song Yifan tersenyum malu dan mengambil beg Su Qianci.

Yang berasa agak terkejut dan pada masa yang sama, dia merasakan suatu krisis. Adakah orang tua ini cuba menggoda Puan Li? Dia perlu memberitahu Encik Li tentangnya. Selepas Su Qianci dan Song Yifan masuk ke dalam lapangan terbang, Yang terus menelefon Li Sicheng.

Kumpulan Song Yifan bukan sekadar terkenal di tanah air malah di luar negara. Mereka sememangnya bangga dengan reputasi sendiri. Walaupun rakan-rakan Song Yifan tidak berkata apa-apa tentang cadangannya menjemput seorang gadis menghadiri konsert mereka, mereka merungut dalam hati. Tapi, saat mereka melihat Su Qianci, mereka faham kenapa Song Yifan menjemputnya ke konsert penting itu. Gadis ini nampak serupa dengan wanita dalam gambar itu…

DI lapangan terbang, Su Qianci berjumpa dengan rakan-rakan sekerja Song Yifan dan mendapati yang mereka sangat peramah. Bila mereka tiba di ibu kota, waktu sudah senja. Bandar itu dilitupi asap kelabu, tidak seperti udara segar di Bandar Kingstown. Selepas keluar dari kapal terbang, mereka telah dijemput dan dibawa ke sebuah parti makan malam.

Song Yifan tahu yang Li Sicheng sentiasa cuba melindungi Su Qianci dan jarang-jarang membawanya ke acara-acara sebegini. Jadi, dia bercadang menghantar Su Qianci ke hotel dulu. Namun, Su Qianci mengatakan itu tidak perlu.

Selepas minum seketika, penganjur itu memandang Su Qianci dan bertanya, "Ini ialah?"

"Tetamu Encik Song. Nama keluarganya ialah Su."

"Su Qianci?" Penganjur itu sudah sedia maklum. Baru-baru ini, keluarga Li selalu keluar berita, jadi dia mengenalinya. "Puan Li?"

"Ya," Su Qianci mengangguk dan berkata.

"Ini satu penghormatan! Saya tak sangka Puan akan berada di ibu kota ni."

Apa yang lebih memeranjatkannya ialah hubungan antara Song Yifan dan Su Qianci. Disebabkan Song Yifan belum berkahwin, dia tertanya-tanya adakah…

"Saya sengaja mahu menghabiskan masa dengan Pak Cik Song."

"Oh…" Penganjur itu tersenyum dan menukar topik perbualan.

Bila parti makan malam itu tamat, waktu sudah menunjukkan jam 9. Song Yifan telah menempah satu bilik suit mewah untuk Su Qianci, yang membuatkan rakan-rakannya cemburu kerana mereka hanya mampu tidur di bilik standard. Su Qianci tidak tahu yang dia diberi layanan istimewa sebegini.

Keesokan harinya, Song Yifan membawanya ke Rumah Opera Ibu Negara untuk melihat kumpulan itu berlatih. Selepas beberapa ketika, Su Qianci meminjam seorang pemain biola daripada kumpulan itu dan bermain bersama-sama mereka. Alat muzik kegemarannya ialah piano dan diikuti biola. Bila dia meletakkan biola itu, semua orang sedang memandangnya.

"Hebat!" Seorang pemain biola wanita berkata. Yang lain-lain turut bertepuk tangan.

Related Books

Popular novel hashtag