Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 206 - Nasib Paling Malang

Chapter 206 - Nasib Paling Malang

Bagi seseorang usahawan berjaya, parti makan malam ialah aktiviti yang paling biasa. Setelah minum alkohol dengan banyak, Fu Zetian ternampak satu bayang-bayang ketika dia sedang membuang air kecil di dalam tandas. Dia tidak mengendahkannya, lalu menutup zip seluarnya dan berpusing ke belakang. Walau bagaimanapun, satu beg tiba-tiba diletakkan di atas kepalanya. Dia menghidu sesuatu yang aneh sebelum pengsan. Apabila dia kembali sedar, Fu Zetian melihat seorang perempuan cantik di sebelahnya. Perempuan itu duduk di atasnya sambil ketawa kecil, "Encik Fu, kamu dah bangun…"

Fu Zetian sangat menyukai seks bersama wanita lain, tetapi isterinya yang sangat garang tidak akan membiarkannya. Tidak mungkin dia mampu menahan dirinya apabila berada pada saat begini. Fu Zetian tidak mengendahkan apa yang berlaku dan memaut tubuh perempuan itu, lalu mencium setiap inci tubuhnya dengan rakus.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba kedengaran seseorang mengetuk pintu dengan kuat.

Fu Zetian terhenti seketika sebelum menyambung lagi dengan lebih rakus. Perempuan itu merintih semakin kuat, dan membuatkan orang di luar tahu perkara yang sedang berlaku di dalam. Ia hanya motel yang biasa, jadi bilik itu tidak kalis bunyi. Mendengar rintihan itu, wanita kaya yang berada di luar terus panik lalu menendang pintu itu sehingga terbuka. Kedua-dua mereka langsung tidak menunjukkan tanda ingin berhenti. Bunyi tubuh saling bergeselan dan rintihan itu kuat dan jelas.

Melihat lelaki itu ialah Fu Zetian, wanita kaya itu terus menangis. "Kau lelaki tak guna, curang kepada aku dengan dua orang perempuan sekaligus!"

Mendengar suara isterinya, Fu Zetian berasa amat terkejut. Tubuhnya menggeletar ketika dia menghentikan aktivitinya.

Wanita kaya itu bertambah marah lalu menarik rambut perempuan kedua yang sedang menanti di sebelah, lalu mengaum, "Sial kau perempuan jalang! Aku akan bunuh kau!"

Perempuan itu telah lama berada dalam bidang pelacuran. Ini bukan kali pertama dia perlu berhadapan dengan situasi begini. Sebaik sahaja rambutnya ditarik, dia terus menghentam muka wanita kaya itu dengan kepalanya. Wanita kaya itu rebah ke bawah.

Perempuan itu mengejek. "Suami kau tak berminat dengan kau. Kau tak boleh salahkan orang lain."

Perempuan yang berada di atas katil bersama Fu Zetian turun untuk memakai pakaiannya, sambil merungut, "Aku ingat kau kuat seks, tapi kau hanya mampu bertahan kurang dari tiga minit. Teruk betul!"

Fu Zetian merasakan egonya tercabar dan mahu menangkap perempuan itu, tetapi dia sudah melarikan diri. Fu Zetian berasa jengkel lalu menendang isterinya dengan kuat. "Apa kau buat di sini?"

Wanita kaya itu menjerit dalam tangisan, "Sial kau! Aku tunggu kau di rumah tapi kau di sini curang kepada aku!"

"Apa salahnya? Aku dah bosan tengok babi macam kau."

Mengingatkan apa yang baru sahaja terjadi, Fu Zetian mendengus marah, "Sial. Kau tak ada apa-apa jasa melainkan buat aku lemah seks. Kahwin dengan kau nasib aku yang paling malang."

Wanita kaya itu berteriak, "Sial, kau lelaki tak guna!"

Su Qianci terus mendengar jeritan dan tangisan itu di komputernya, dan berasa simpati terhadap wanita itu.

Related Books

Popular novel hashtag