Chapter 17 - Bab 17

Wei Shuye meradang apabila melihat kahak yang diludah itu dengan jijiknya melekat pada jubah miliknya. Namun, dia tidak mengelap kahak itu, tetapi hanya menyedut belakang giginya sementara dia merenung tubuh mayat yang bergelempangan merata-rata, anak matanya penuh dengan kebencian.

"Mejar Panglima," Jiang He mengeluh dan maju ke hadapan sambil berkata dengan suara yang dalam, "negara kita takde duit untuk menampung mereka. Ketua terhormat takkan beri bayaran upah untuk membina tempat kediaman mereka. Tuan ialah cucu Wei, tuan kena hormat permintaan keluarga tuan dan juga lindungi minat tuan."

Wei Shuye dapat merasakan sesuatu yang hangat di dalam hatinya. Matanya merah dan dia membisu. Jiang He mengerutkan dahinya dan memberi isyarat lambaian kepada pasukan tenteranya berserta anggukan kepala; dan pasukan tentera itu segera memahami arahan ketua mereka dan serta-merta meninggikan pisau mereka untuk menyambung aktiviti mereka sebelum ini, pembunuhan secara besar-besaran.

"Orang jahat!" satu suara lantang didengari. Ditimbusi khalayak ramai, suatu wajah kecil tiba-tiba tersembul daripada dakapan maknya. Tiada kesan air mata yang mengalir tetapi kedua-dua belah mata anak kecil ini merah seperti darah sebelum dia menjerit, "Penipu, kau janji nak bawa kami ke negara ni untuk hidup dalam kawasan perumahan yang terjaga. Kau cakap tiada siapa yang akan perlu risau tentang makanan atau pakaian lagi…"

Sebatang anak panah dilepaskan. Panglima Jiang He merupakan seorang yang sangat cekap dan dia telah menghentikan ucapan anak kecil itu apabila sebatang anak panah menembusi mulutnya dan darah terpercik-percik keluar dari belakang kepala.

"Bergerak!" Jiang He mengeluarkan pedang melengkungnya sementara dia mengarah dalam kepanasan hati.

"Berhenti!" Mejar Panglima muda itu meluru ke arah anak kecil itu sambil menolak tepi dua orang askar yang berada di laluannya.

Jiang He meletus, "Hentikan Mejar Panglima!" Dua orang askar yang ditolak tepi oleh Wei Shuye itu serta-merta berganjak ke arah putera itu dan dengan cekap menyekat segala tingkah laku Wei Shuye. Pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu diteruskan dan banyak darah yang telah tertumpah membasahi tanah. Bunyi keok yang kuat milik seekor helang kedengaran di langit, lambang kematian ini lantas membuatkan pembunuhan secara besar-besaran ini lebih mengerikan. Beberapa ratus tubuh mayat telah dicampakkan ke dalam sebuah lubang besar yang baru saja digali, dan tanah dengan cepat dicampakkan ke dalam lubang sehingga mayat-mayat dikuburkan kemas. Setelah itu, pasukan tentera itu menunggang kuda mereka dan dengan sengaja memijak-mijak tanah yang baru sahaja dikuburkan itu. Dengan salji yang pesat meliputi bumi, kesan darah yang membasahi tanah itu tadi serta-merta ditutupi salji, sekaligus menyembunyikan pembunuhan kejam dan jijik yang baru saja berlangsung itu.

Anak kacak daripada keluarga termasyhur itu telah kehilangan pengaruhnya ke atas orang-orang suruhan hanya disebabkan beberapa orang hamba hina.

"Mejar Panglima," Jiang He berganjak ke hadapan dan berkata setelah terlihat Wei Shuye yang sedang termenung tanah bersalji itu, "Tuan jangan jadi macam ni. Mereka tu berdarjat rendah je, dengan darah darjat rendah yang mengalir dalam diri mereka. Tapi tuan tak boleh langgar arahan hanya disebabkan itu. Pak cik tuan ada harapan yang tinggi terhadap tuan. Tanpa tuan, saudara-saudara tuan takkan ada ketua. Mereka sedang menunggu kepulangan tuan."

Setelah melihat tiada tindak balas daripada Wei Shuye, Jiang He mengeluh berat lantas beredar dengan kudanya dan diikuti oleh pasukannya. Mereka terus hilang dari pandangan tidak lama selepas itu.

Jejaka muda itu berdiri di dalam salji yang semakin mengganas itu buat masa yang lama. Festival lantera ini terasa lebih sejuk dari biasa. Dua orang kanak-kanak yang masih bersembunyi di sebalik cerun itu tercengang apabila melihat Mejar Panglima Wei Fa yang mulia itu telah melutut ke tanah dan lalu bersujud hormat kepada darah-darah yang telah tertumpah pada hari ini sebelum menunggang kudanya kembali sebelum beredar.

Salji tidak kelihatan seperti ia akan berhenti dalam masa terdekat. Anak kecil itu mengalih kakinya yang membeku dan kaku itu dan berganjak ke hadapan.

"Apa yang kamu buat ni?" Yan Xun kelihatan keliru lalu berdiri, terpana.

Chu Qiao berpaling dan berkata dengan nada tenang, namun pandangannya bergetar, "Saya ni darjat rendah dengan darah darjat rendah yang mengalir dalam diri aku. Kamu tak sepatutnya berdiri di sebelah saya. Kita juga memilih haluan yang berbeza, jadi mari kita berpisah sekarang je."

Yan Xun berdiri di belakang dan merenung panjang, berfikir sama ada Chu Qiao akan menyelamatkan dunia yang semakin merosak ini. Salju yang menebal di atas tanah itu sangat gebu dan jarak tapak kaki antara mereka berdua semakin menjauh apabila mereka menuju ke tengah-tengah Empayar Yan.

Di sebalik pintu gerbang mewah berwarna jingga kemerahan Empayar Yan itu, daging dan wain dibuang begitu saja; namun dapat dilihat tulang-tulang si miskin yang terdampar mati membeku di sepanjang jalan. Apabila Dinasti Xia menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk menampung bangsa-bangsa lain di dalam bandar mereka dan lalu membunuh mereka secara besar-besaran, bandar di dalam dinasti itu menari dan menyanyi untuk menyambut saat-saat gemerlapan ini dengan warna-warna yang terang dan bercahaya. Wanita jelita itu mempunyai pinggang yang ramping bak pokok willow, kulitnya bercahaya seperti jed, dengan sebuah senyuman yang manis berserta lengan yang tegap. Ahli-ahli negarawan dari dinasti Xia yang "bekerja keras" itu membuka jubah mereka dan lalu diberi sebuah pengalaman yang mengghairahkan.

Di luar, air-air yang membeku bertukar menjadi isikel dan salju. Helaian-helaian sutera menari di atas lantera-lantera yang masih menyala. Festival lantera ini merupakan sebuah perayaan negara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, termasuklah wanita-wanita tersebut. Pada masa yang sama, bunyi telapuk kuda yang tergesa-gesa telah mengganggu angan-angan ketua terhormat dari keluarga Wei, Wei Guang itu. Lelaki yang telah lanjut usianya dan berjanggut putih namun masih terpancar ketampanannya di sebalik kerutan di mukanya itu mengecilkan matanya dan melambai pergi beberapa orang wanita yang mempunyai solekan pada muka mereka yang sedang mengelilingi Wei Guang. Para wanita tersebut meluruskan baju mereka dan lantas separa melutut di atas tanah sebelum berundur, takut untuk mengangkat wajah mereka.

Wei Guang mengangkat cawan teh itu dekat ke muka, lantas mengambil nafas dalam sebelum menghirup tehnya sebelum bersandar di atas tilam katil yang lembut. Pembakar setanggi itu sedang melepaskan kepulan asap kecil daripada setangginya. Asap tersebut kelihatan seperti seekor naga yang lemah gemalai sedang perlahan-lahan hanyut di udara. Pergerakan asap itu kelihatan seperti ia sedang menari-nari.

Satu suara dengan penuh hormat kedengaran datang dari luar, "Tuan besar, Tuan Shuye datang ke sini."

Dia patut berada di sini lantas Wei Guang mengerutkan keningnya sedikit. Dia telah datang untuk berjumpa Wei Guang lebih awal daripada yang dirancang dan telah membuang masa puan Jed yang bersusah payah ingin menggembirakan mereka. Dengan suara yang dalam, ketua itu berkata, "Bagi dia masuk."

Pintu bilik Wei Guang lantas dibuka dan seorang lelaki muda memasuki bilik yang paling mewah di dalam rumah pelacuran itu. Jubahnya yang berwarna putih seperti cahaya bulan itu kelihatan sangat ringkas dan kosong sehinggakan kelihatan seperti ia tidak patut berada di bahu seorang yang sangat berpengaruh. Wei Shuye muram dan tanpa sebarang dalih dia bertanya ketua terhormatnya itu, "Kenapa?"

Wei Guang serta-merta mengetahui apa yang sedang diperkatakan oleh Wei Shuye. Dia mengecilkan matanya dan tanpa memandang muka jejaka muda ini, dia berkata perlahan, "Kau tak tunjuk hormat masa kau jumpa dengan orang tua? Mana adab yang aku ajar kamu dulu?"

Wei Shuye mengerutkan mukanya sambil bunyi percikan api daripada lilin yang terletak di sudut bilik kedengaran. Masa berlalu dengan pantas dan akhirnya pemuda itu menundukkan kepalanya dan menggumam, "Pak cik."

"Tak semua hal dalam dunia ni boleh dibahagikan kepada betul dan salah. Jing Er lebih muda daripada kamu tapi nampaknya kamu kena belajar daripada dia lepas ni."

Wei Shuye mengerutkan mukanya dan berkata dengan penuh makna, "Jadi kenapa pak cik hantar saya ke sana? Saya dah janji dengan mereka…."

"Kamu pewaris keluarga Wei untuk mendapatkan mahkota Dinasti Xia, dengan darah diraja yang mengalir dalam badan kamu. Kamu salah seorang daripada keluarga yang paling berpengaruh dalam negara ni jadi kamu tak perlu berjanji dengan orang-orang bawahan yang jijik tu. Erti kehidupan mereka ialah untuk mati bila masa yang sesuai datang, untuk berkorban nyawa demi negara mereka. Kamu tak buat apa apa kesilapan jadi kamu tak perlu minta maaf dan tak patut berada di sini pun untuk menyoal pak cik kamu," Orang tua itu menyekat percakapan Shu Ye denagn tegas.

Gelengan kepala Wei Shuye ganas, dengan raut wajah yang masam. "Pak cik, itu bukan apa yang pak cik ajar saya dulu."

"Sebab dulu pak cik betul bendul macam kamu dan dah menyebabkan kematian bapa kamu dalam persengketaan dalaman keluarga kita." Wei Guang membuka matanya dan dapat dilihat anak matanya yang bersinar bergelora penuh dengan emosi. Dia lantas berpaling dan menghadap Wei Shuye, sambil merenungnya dia berkata perlahan, "Pemenang mesti kena jadi si pemangsa manakala yang lemah kena kekal menjadi mangsa. Dunia ni memang macam tu. Ye Er, dah berapa lama kamu hidup tapi kamu masih tak faham?"

"Pak cik," Raut wajah milik Wei Shuye bertukar menjadi tegas, "negara kita perlukan orang untuk bergerak ke barat untuk mengerjakan tanah dekat sana. Orang-orang muda dari bangsa lain semuanya percayakan saya dan semuanya bergerak ke sana. Kenapa ketua terhormat keluarga tak jaga keluarga mereka? Mereka berjalan beribu-ribu batu untuk ikut saya pergi ke ibu negara sebab pak cik dah janjikan yang saya boleh membina perumahan untuk mereka. Mereka tinggalkan rumah mereka, tinggalkan gaya hidup mereka yang suka berpindah-randah hanya sebab saya dah janjikan mereka semua benda tu!" Wei Shyue mengangkat setanggi daripada meja Wei Guang itu dengan penuh emosi dan terjerit kemarahan, "Pak cik cakap negara kita takde duit nak tampung mereka semua, jadi apa benda ni? Ini setanggi daripada Empayar Song, Seikat setanggi ni berharga dua ratus duit syiling emas. Duit sebanyak tu boleh menampung semua bangsa selama sepuluh tahun tahu!"

Eskpresi wajah Wei Guang kekal tenang semasa mendengar rintihan hati Wei Shuye. Suasana di dalam bilik itu dipenuhi dengan kemarahan jejaka itu dan sangat sempurna bagi sebuah pertempuran. Setelah sekian lama, lelaki berusia itu tersenyum dan berkata dengan tenang, "Ye Er, kamu pergi berjumpa dengan Mejar Panglima Zhi Lu untuk selesaikan perbalahan mengenai tindakan sivil itu, tapi ia berakhir dengan mengecewakan. Pak cik tak tahu sama ada dia masih hidup atau dah mati, tapi kamu masih nak berbalah dengan pak cik. Kenapa macam tu?"

Wei Shuye melopong, kemarahan jelas terpancar dari wajahnya, namun tidak dapat membalas malah dengan satu perkataan pun.

"Kamu masih boleh berdiri di sini hanya sebab nama keluarga kamu Wei je. Pak cik tahu kamu bersimpati dengan orang-orang bawahan tu dan benci dengan idea pendiskriminasian. Tapi walaupun kamu benci dengan darjat ni, kamu masih waris keluarga Wei, anak saudara pak cik. Apa yang kamu dapat daripada kamu kecil sampailah sekarang semuanya disediakan oleh keluarga ni. Semua yang kamu makan dan guna, darjat dan kuasa, semuanya daripada keluarga ni. Tu takkan berubah. Sesiapa yang dah diberikan hak istimewa macam ni dan menggunakannya sesuka hati takde hak untuk mengutuknya." Wei Guang mengambil nafas yang dalam dan bersandar di atas katil, dadanya bergerak ke atas dan ke bawah, dan dia berkata dengan suara yang dalam dan dengan sedikit perasaan kecewa. "Semua yang terjadi dalam dunia ni ada sebabnya. Hari ni, sebab kenapa keluarga Wei yang membunuh keluarga Bianta dan bukan keluarga Bianta yang membunuh keluarga Wei adalah kerana keluarga Wei dah berjuang demi kenaikan dan juga kemakmuran keluarga kita sejak tiga ratus tahun dulu dan, tiga ratus tahun kemudian, keluarga Wei dah melindungi sempadan dan mengawal tanah empayar kita, memenangi banyak pertempuran. Sementara keluarga Bianta tengah berkeliaran di merata-rata tempat, anak-anak daripada keluarga Wei dah belajar tentang kemahiran pertempuran, belajar cara-cara perniagaan, mula untuk beransur daripada komplot-komplot rahsia yang ingin menentang mereka. Keluarga Wei merupakan salah satu daripada tujuh puak ternama sementara keluarga nomad ini semakin mundur. Anak, dunia ni adil sebab ia tak pernah berpihak kepada sesiapa. Sebab kenapa mereka kalah adalah kerana mereka tak bagi sepenuh kekuatan mereka. Orang yang lemah tak boleh menyalahkan orang yang berkuasa kerana membuli mereka. Kalau tak nak jadi mangsa, mereka kena jadi lebih kuat dan berkuasa. Hari ni, kamu pergi ke sana untuk berasa simpati terhadap mereka. Kalau semua waris keluarga ni berfikir macam kamu, kematian hari ni mungkin milik adik-beradik kamu."

Wei Shuye tercegat di situ dan mukanya masih berasa tegang tetapi dia tidak dapat menyuarakan isi hatinya.

Wei Guang perlahan-lahan berdiri sebelum menghulurkan lengannya untuk mengusap bahu Wei Shuye. "Ye Er, pak cik kamu ni dah tua dan tak boleh nak melindungi kamu sampai bila-bila. Bila pak cik dah takde nanti, siapa yang akan menjaga keluarga kita? Siapa yang akan lindungi anak-anak pak cik daripada serangan puak lain? Siapa yang akan lindungi anak-anak perempuan pak cik daripada dirogol? Siapa yang akan jaga kamu semua? Kamu ke?"

Pintu bilik lantas dibuka dan satu gelombang muzik berterbangan ke dalam bilik bersama bau setanggi yang memukau. Jejak langkah ketua terhomat Wei itu mundur ke belakang dengan perlahan. Wei Shuye berdiri tegak dan dapat merasakan kehangatan di bahunya. Apa yang membebankan bahu Wei Shuye adalah tanggungjawab besar yang tidak diingininya namun tidak dapat disuarakan kepada pak ciknya.

Langit pada malam itu gelap gelita, namun ianya bukanlah segelap hatinya. Suara-suara jahat dalam mindanya tidak dapat disingkirkan sambil mereka menghancurkan akhlak yang masih terbenam dalam dirinya. Perjuangannya untuk menyingkirkan suara-suara jahat itu adalah sia-sia. Akhirnya, dia mengeluh namun kekal membisu.