Chapter 60 - Bab 60

Chu Qiao menggelengkan kepalanya sambil terkekek. "Saya tak minum alkohol sebab ia hanya akan menambahkan kekeliruan dan juga kesedihan saya."

Zhao Che terpana setelah mendengar jawapan Chu Qiao. Setelah sekian lama, pemuda itu menjawab dengan nada perlahan, "Saya pun berfikir perkara yang sama dulu tapi sekarang pendapat saya dah berubah."

"Tuanku, apa yang Tuanku lakukan hari ini akan menimbulkan kecelaruan."

"Ye ke?" Zhao Che tersenyum ringan sambil menghirup minumannya, mendongak ke atas.

Chu Qiao menyambung, "Tuanku sengaja memalukan Putera Tang di hadapan orang ramai. Tuanku tak tunjukkan diri walaupun Tuanku nampak saya belasah dia dan cuba untuk menyelindunginya selepas itu dan semua orang sedar akan tindakan Tuanku. Tuanku tak sedar padah yang akan diterima kalau perkara ini terbongkar? Tuanku percayakan orang bawahan Tuanku sangat ke?"

Zhao Che membalas dengan malas, "Apa yang patut saya buat? Hantar awak ke mahkamah? Saya memang dah lama teringin nak belasah lelaki itu. Lagipun, orang lain yang tolong lakukan perkara itu untuk saya. Kenapa saya patut jadi seorang yang tak kenang budi?"

"Tuanku tak sepatutnya jadi macam itu." Chu Qiao menggelengkan kepalanya perlahan. "Tuanku lain daripada apa yang saya bayangkan."

"Saya patut jadi macam mana? Macam mereka-mereka di Istana Sheng Jin? Berkomplot dan berlawan dengan sesama sendiri setiap hari, langsung tak kisah mengenai keturunan dan status mereka?"

Riak wajah gadis muda itu serta-merta berubah. "Tuanku sedar tak apa yang Tuanku sedang katakan ini?"

"Sudah semestinya." Suara Zhao Che tiba-tiba berubah menjadi serius dan terus pemuda itu merenung ke kejauhan dan berkata dengan penuh makna, "Kadang-kadang saya berasa seperti saya nak membakar semua benda." Pemuda itu menundukkan wajah sambil menyambung perlahan, "Saya menentang yang lain selama lebih dari sepuluh tahun. Semenjak saya tahu cara bercakap, saya dah jaga diri saya sendiri. Hanya selepas saya datang ke sempadan barulah saya tahu bagaimana nak rehatkan diri saya sepenuhnya. Kadang-kadang saya berasa lebih selesa berada di samping rakan seperjuangan saya di dalam pasukan tentera daripada di Istana Sheng Jin. Walaupun keluarga kandung saya berada di sana, tapi bagi saya, mereka lebih kejam daripada binatang buas."

"Chu Qiao, saya datang ke sini malam ini untuk bertanya awak satu hal saja. Dengan menyertai Pasukan Berkuda Tanpa Gentar, awak hanya nak berkomplot demi menolong masa depan Yan Xun, ataupun awak betul-betul ikhlas nak menyertai kami dan bersumpah setia kepada saya?"

Chu Qiao berasa tenang sambil merenung ke dalam mata pemuda itu, membalas dengan sepenuh hatinya, "Saya hanya nak terus hidup, dan saya dah berasa begitu daripada mula lagi."

Mata Zhao Che yang tadinya bersinar kini pudar, dan mengangguk perlahan sambil menjawab, "Pada masa akan datang, awak akan bersumpah setia kepada saya dengan sepenuh hati dan tiada sesiapa yang akan berani untuk menyentuh awak."

Gadis yang melutut di tanah bersalji itu terus berkata, "Terima kasih Tuanku!"

Bintang bergemerlapan di angkasa kelihatan jauh dan sedikit. Chu Qiao dilumuri peluh sebaik sahaja dia kembali ke kem, berbuat keputusan untuk merendamkan dirinya ke dalam tab air panas, emosi dan pemikirannya masih bermain-main di dalam hati.

Semua orang di dalam Bandar Zhen Huang pandai berlakon dan Chu Qiao pun tidak kurang hebatnya.

Maharaja Xia telah menyeru kuasa Putera Maharaja Ketiga, Putera Maharaja Ketiga Belas dan puak Wei untuk menghapuskan keseluruhan Puak Muhe namun Maharaja tersebut telah menyisihkan Zhao Che dan menghantar beberapa orang untuk menguji pemuda itu dan terus mengawasinya. Sesiapa sahaja yang berada di tempat Zhao Che akan menaruh dendam kepada Maharaja.

Maharaja yang cerdik mampu bertolak ansur dengan kekecohan kebudak-budakan yang telah dipamerkan oleh anak-anaknya, namun bukan seorang pengkhianat yang tidak mampu menahan kekecewaan dan telah merancang untuk membalas dendam. Seorang putera yang mendambakan takhta pasti mampu untuk bertolak ansur dengan adik beradiknya yang biadab dan tak berguna, namun bukan seorang lawan yang suka mengampu untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tiada sesiapa yang akan berfikir pelatih memanah pasukan berkuda itu akan berani untuk menyerang Putera Tang dan tersangat jelaslah siapa yang memulakannya.

Chu Qiao berdiri untuk menunggu kehadirannya, masih tidak mempercayai Zhao Che tidak akan menghantar orang-orang suruhan untuk menyiasatinya. Jika Zhao Che bertindak dengan penuh ketelusan, dan kerana Chu Qiao hanyalah seorang orang gaji, pemuda itu pasti berjaya mendapatkan sesuatu. Jadi, Chu Qiao telah menyematkan pedang panjang milik Zhuge Yue di dalam genggaman dan menunggu peluangnya dengan senyap. Pedang tersebut, yang telah dinamakan Pemecah Bulan dan ditukang oleh Tuan Pedang, Feng Yazi, merupakan salah sebuah pedang terbaik yang pernah ditukangnya. Bagaimana Zhao Che boleh tak perasan akan hal ini?

Jika pemuda itu mengetahui tentang konflik yang telah diharungi Chu Qiao bersama keluarga Zhuge, dia pasti percaya Chu Qiao tidak mempunyai sebarang pilihan lain daripada terus mengikuti Yan Xun lama dahulu. Memandangkan dia telah membunuh Tuan Besar Kedua keluarga Zhuge, dia sememangnya tidak mempunyai tempat untuk dituju selain daripada kepada putera yang menyedihkan itu.

Jika Zhao Che mengetahui hal ini, dia pasti akan berfikir hubungannya bersama Yan Xun hanyalah disebabkan kepentingan diri dan pemuda itu pasti akan mencuba untuk memberi rasuah dan juga memanipulasinya.

Helah dan penipuan. 'Bila kau tergelak dengan senyap semasa cuba menipu aku, kau pasti tahu yang aku takkan hanya mengikuti kau saja. Kita masih akan tengok siapa yang akan mati dahulu,' kata Chu Qiao di dalam hati.

"Kebaikan dalam diri?" Ejek gadis muda itu yang sedang bersandar di dalam tab air panas sambil memejamkan mata, "Betullah itu tapi ia perkara remeh."

Di kejauhan sehingga ke Istana Sheng Jin, Yan Xun membuka suratnya yang tertulis: Buat Empayar Tang murka, stabilkan situasi. Hanya berhati-hati dengan Puak Wei.

Lampu istana terang-benderang, dan melihat surat itu yang dimamah api, Putera Yan Bei telah mengeluarkan perintah: Dalam masa tiga hari, ambil semua laporan dan juga berita terbaru dari Puak Wei yang masuk ke dalam istana.

Ah Jing terkejut, menyedari jika mereka tersilap langkah, segala kuasa yang telah dibina selama beberapa tahun ini akan hilang begitu sahaja jadi dia bertanya kepada putera, "Tuanku tak rasa yang perkara ini terlalu banyak risiko?"

"Risiko kehilangan Ah Chu lebih penting."

"Tuanku?"

"Ah Jing," Pemuda itu tersenyum, "Kamu kena ingat yang nyawa Ah Chu lebih penting daripada segalanya."

Ah Jing, menguatkan suaranya, membalas, "Lagi penting daripada Yan Bei?"

Yan Xun tersenyum kelat. "Kalau dia tak ada di sini, kenapa aku masih nak dapatkan Yan Bei?"

Ah Jing yang menjadi panik terus melutut di atas lantai dan berkata dengan bersungguh-sungguh, "Tuanku adalah Putera Yan Bei. Tuanku ialah tuan dan juga harapan rakyat jelata. Bagaimana Tuanku boleh mengabaikan segala-galanya hanya disebabkan sebab-sebab tersendiri?'

Yan Xun melepaskan ketawa dingin, "Bila aku dikurung, Yan Bei di mana? Mana Da Tong? Mana rakyat jelata yang boleh menolong aku? Aku menderita untuk beberapa tahun, sampai dicaci dan dihina hanya disebabkan aku masih mahu hidup, supaya aku boleh membalas dendam dan melindungi orang-orang yang aku sayang. Yang lainnya tak bermakna bagi aku."

Ah Jing memasamkan mukanya dan menjawab dengan nada geram, "Kalau macam itu, kenapa Tuanku tak halang dia daripada menyumpah setia kepada orang lain, dan tak melindungi dia dengan tangan Tuanku sendiri?"

Pemuda itu terus mendongak ke atas dan menjawab dengan sepenuh hatinya, "Sebab aku percayakan dia."

'Aku percaya yang dia seekor burung helang yang ganas di tanah tandus. Aku percaya yang dia boleh mengatasi segala permasalahan yang dihadapi. Aku percaya yang dia seorang sahaja yang mengenali diri aku yang sebenar, yang akan berada di sampingku dan berlawan bersamaku dalam menentang segala aral.'

"Ah Jing, aku harap yang Kesatuan Da Tong akan setia dengan dia seperti kamu yang dah setia bersama aku, dan melindungi dia sepertimana kamu yang dah lindungi aku. Kerana dengan dia yang berada di samping aku, akulah harapan rakyat jelata dan tanpa dia, aku pastinya akan mengamuk bagai nak gila!"

Seluruh badan Ah Jing terloncat sedikit akibat terkejut. Dia melihat lelaki yang telah disembah setia selama beberapa tahun ini, dan berfikir pemuda inilah yang akan mengambil tempat Maharaja Yan Shicheng, yang mengasihani rakyat jelatanya dan juga mengidolakan Da Tong. Namun di dalam bilik bacaan yang terang ini, dia tersedar dia telah tersilap selama hari ini. Mereka sedang membuat pertaruhan melampau yang mampu memakan diri sendiri walau dengan kesilapan kecil pun!

"Jangan panik." Yan Xun tersenyum bersahaja. "Aku berani untuk berkata kepada kamu yang aku langsung tak risau sama ada Da Tong akan mengkhianati aku. Yan Xun bukanlah Yan Shicheng, dan bukanlah sebuah alat ataupun boneka. Yan Xun hanya berlawan untuk apa yang berada di dalam hatinya."

Ah Jing menundukkan wajah dan membalas dengan penuh dingin, "Saya hampa dengan tindakan Tuanku."

"Tak mengapa." Angin tiba-tiba meniup kencang dan lantas membuka tingkap bilik tersebut dan merosakkan rambut Yan Xun yang telah disikat kemas. Dia merenung di kejauhan, suaranya tiba-tiba menjadi perlahan namun masih didengari Ah Jing dengan jelas, "Aku kena menjadi seorang lelaki dulu barulah aku boleh menjadi Tuan kamu."

Di dalam kesejukan angin, pemuda itu mampu terhidu bau logam yang datang dari perisai tentera.

Semua kejadian ini diketahui Cik Puan Yu sejam kemudian. Xia Zhi berdiri di sisinya sambil muka dikerut. "Cik Puan, perempuan itu kelemahan Putera Yan. Masalah akan datang tak lama lagi."

"Betul," Bian Cang berkata dengan bersungguh-sungguh. "Macam mana mereka yang nak capai kejayaan boleh mengabaikan gambaran penuh?"

"Cik Puan Yu, kita perlu laporkan hal ini kepada orang atasan, atau kita nak tangkap dia?"

Cik Puan Yu masih tenang dan lantas berpusing untuk menghadap Xirui dan berkata dengan perlahan, "Apa yang kamu nak cakap? Kita tangkap dia atau bunuh dia supaya dapat elakkan sebarang masalah?"

Xirui membatu dan lantas membalas, "Saya tiada niat langsung untuk maksudkan perkara itu."

Cik Puan Yu mendengus lantas membalas, "Kamu tahu apa yang membuatkan seseorang itu kuat? Tak kira betapa kuat atau berkuasa seseorang itu, dia masih boleh dikalahkan selagi jumlah lawan lebih banyak. Seseorang itu menjadi kuat apabila dalamannya kuat, tak boleh diperdaya ataupun dimuslihat. Barulah dia boleh bergerak ke bergerak naik ke atas. Apa yang membuatkan seseorang itu kuat dalaman? Kekejaman? Perasaan tak kisah? Tetap pendirian? Ataupun kurangnya sifat tamak? Jawapannya bukan semua itu. Semua orang bersikap pentingkan diri, walaupun sedikit. Tiada sesiapa yang begitu budiman, dan bagi seseorang itu untuk menjadi betul-betul kuat, dia mesti perlu ada sesuatu yang dia ingin lindungi dengan nyawanya sendiri." Wanita itu meletakkan suratnya dan mengeluh. "Sekarang ini aku tak perlu risaukan tentang Tuan lagi. Dia dah membesar. Bagi kamu yang lain, ikuti arahannya pada masa akan datang. Kalian tak perlu datang nak meminta nasihat daripada aku lagi."

"Cik Puan?" Bian Cang membalas dengan pantas, tercengang.

"Gembiralah kembali." Wanita itu memejam matanya dan mengeluh. "Bertahun-tahun Tuanku hidup dalam penjara tapi dia masih belum hilang kepercayaan dalam sifat perikemanusiaan. Kalau dia seorang yang zalim, berdendam yang tidak mempercayai sesiapa pada hari ini, tiada sesiapa daripada kita yang boleh balik ke Yan Bei dengan hidup."

"Untuk membalas dendam dan melindungi orang-orang yang dia sayang?" Xia Zhi mempersoalkan dengan sebuah ketawa. Dengan niat jahat dia menambah, "Tapi apa akan jadi kalau dua perkara itu bercanggah dengan masing-masin? Apa yang akan jadi?"

Raut wajah Cik Puan Yu terus bertukar dingin apabila mendengar ucapan tersebut.

Xia Zhi cuba untuk memperbaiki keadaan dan berkata, "Cik Puan, tolong jangan ambil hati. Saya hanya nak buat perbandingan saja. Cuma Tuan Putera memang tak boleh dibandingkan dengan almarhum Tuan kita dulu. Dari segi perwatakannya kita masih perlu berbincang. Saya cuma rasa yang meletakkan takdir Da Tong ke dalam tangan pemuda ini macam sebuah keputusan yang terburu-buru saja."

Cik Puan Yu kekal berdiam buat masa yang lama sebelum berkata lemah, "Macam itu ke? Tetapi Da Tong pun tiada rancangan lain."

Memikirkan Putera Tang tidak akan melepaskan perkara begitu sahaja, Zhao Che dan lain-lain telah bersiap sedia untuk berperang buat masa yang lama di sini. Siapa yang tahu keesokan harinya, Li Ce telah mengarahkan supaya mereka bergerak ke Zhen Huang dan tidak mahu terus berada di dalam pangkalan tentera itu lagi.

Walaupun Chu Qiao tidak berasa takut, namun dia masih melepaskan keluhan lega. Dia tidak tahu atas dasar apa Puteri Li akan menuduhnya, namun apabila dia bersetuju untuk bergerak, Chu Qiao terlepas daripada satu kesalahan lagi.

Tiga hari kemudian, pedati kuda Putera Tang akhirnya menjejaki Bandar Zhen Huang di bawah jemputan Pasukan Askar Berkuda Tanpa Gentar! Ini merupakan kali pertama dua empayar ini menjalankan hubungan diplomatik di antara keluarga maharaja dan Empayar Xia sangat menghargai perkara ini. Diketuai oleh Putera Maharaja Ketiga Zhao Qi, ramai pegawai sedang menunggu kedatangan Putera Tang sepuluh batu daripada istana maharaja.