Nangong Quan tidak berkata apa-apa. Nampaknya, dia juga berkongsi fikiran yang sama. Malah, dia sangat menyokong pendapat itu.
Selepas detik sunyi pendek, dia akhirnya berkata, "Kali ini, saya rasa dia lebih sanggup mati daripada serahkan anak-anak kamu balik pada kamu."
"Saya pasti akan jumpa mereka." Mo Ting yakin seperti Tangning.
"Kalau begitu, apa yang kamu fikirkan?"
"Saya rasa kita tetap perlu siasat sekolah. Cikgu yang bertugas sedar budak-budak tu hilang dalam masa 20 minit. Jadi, macam mana penculik tu berjaya bawa budak-budak tu keluar dari sekolah? Dia mesti ada sorokkan mereka di mana-mana." Mo Ting menjelaskan.
"Saya pun fikir benda sama macam kamu. Semua orang fokus sangat cari bukti dan petunjuk, serta orang mencurigakan di luar sekolah. Macam mana kalau budak-budak tu tak pernah tinggalkan sekolah?"
"Apa yang saya takutkan ialah…"
Mereka risau jika Orang Tua Nangong memberi dadah kepada budak-budak itu.