Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 1179 - Tak Boleh Disebutkan Dalam Satu Nafas

Chapter 1179 - Tak Boleh Disebutkan Dalam Satu Nafas

Selepas mendengar respons Tangning, Mo Ting tidak dapat mengelak daripada mencubit hidungnya. "Kamu memang cukup berani untuk pertimbangkan hal itu."

"Tak ada apa yang saya takut nak pertimbangkan, terutamanya bila ia sesuatu yang saya nak Abang buat. Orang Tua Nangong memang ada tengok sebahagian daripada skrip dan tak ada sesiapa tahu kalau dia dapat apa-apa idea daripada apa yang dilihatnya. Lagipun, bukan ke Lu Che cakap dia ada hubungi agensi filem Amerika? Ini satu-satunya cara kita boleh pastikan keselamatan skrip kita."

Sebelum ini, dengan 'Bodoh', mereka sudah mengalami kejadian skrip bocor sekali. Ketika itu, mereka menerbitkan buku dan memperoleh hak reka cipta. Tetapi, kali ini, situasinya berbeza. Jadi, menerbitkan buku bukan satu pilihan yang masuk akal.

"Apa pendapat Abang? Abang nak ambil risiko ini dengan saya?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS