"Jadi, kita akan terus promosikan filem itu seperti yang dirancang. Tak ada apa yang perlu diubah."
Selepas mendengar aturan Tangning, Long Jie merasakan mereka sudah kembali ke waktu ketika Tangning mula-mula menjadi pelakon. "Kamu masih ingat ejekan yang kamu dapat masa kamu mula-mula lakonkan 'Bodoh'? Ada ramai orang tunggu kamu jadi kegagalan 'box office'."
"Tapi, daripada 'Bodoh' kepada 'Survivor', setiap filem yang kamu lakonkan, dah wujudkan keajaiban di 'box office'."
"Apa yang dah lepas, dah lepas. Mari fokus pada benda di hadapan kita." Tangning mengingatkan. "Jangan pernah kenangkan keputusan lalu. Kalau tak, kamu tak akan pernah nampak diri kamu dengan jelas. Lagipun, siapa cakap 'Permaisuri Semut' tak akan gagal?"
"Minta simpang!" Long Jie menjerit. "Siapa akan sumpah filem mereka sendiri begitu?"