Tapi, siapa sangka, wanita yang menemani mereka selama 19 tahun rupa-rupanya seorang penipu, sementara isteri sebenar boleh dikatakan merangkak keluar dari kubur dan melalui deraan paling teruk selepas semua benda miliknya dirompak!
Memikirkan hal ini, hati Bapa Mo berdenyut sayu. Dia tahu dia sudah hilang haknya untuk berdepan dengan Bai Lihua lagi.
Hua Wenfeng dikepung sepenuhnya oleh wartawan dan tidak boleh melepaskan diri. Tetapi, Tangning dan pihaknya meninggalkan Hotel Hilton dengan mudah di bawah perlindungan Chen Xingyan dan pengawal peribadi lain.
Tangning ketika ini belum lagi sedar kenapa Hua Wenfeng menyerang selepas sekian lama berehat. Ketika dia sedar, situasi di Beijing sudah pun sangat berbeza…
...
Populariti Song Xin terus meningkat kerana Hai Rui terus mengisi jadualnya dengan projek. Walaupun dia sudah semakin mahsyur, dia masih tidak boleh dibandingkan dengan Tangning.