Sebagai tambahan, dia mengamati kamera pengawasan sekitar itu dengan berhati-hati, mengingati di mana tempat setiap satu dan memahami titik buta terbaik. Selain itu, dia juga berkurung di dalam makmal penyeledikan dan mengkaji interaksi dadah selama beberapa hari. Dia perlu mencari cara serangan paling sempurna.
...
Dalam beberapa hari kebelakangan itu, mood Tangning tidak senang. Dia sentiasa merasakan seseorang memerhatikannya dalam gelap, memerhatikan setiap gerak gerinya.
Mak Cik Bai menjelaskan hal itu kerana dia semakin hampir bersalin. Jadi, natural untuk menjadi sangat sensitif dengan persekitarannya. Tangning memikirkan penjelasan Mak Cik Bai buat seketika dan merasakan ia agak munasabah.
"Sejak kejadian Huo Jingjing, hati kamu tak pernah lega walaupun untuk sehari. Kalau ada sesuatu yang tak kena, pastikan kamu bercakap dengan Encik Mo. Jangan simpan sendiri."