"Presiden Mo, apa yang kamu maksudkan dengan ini?"
Reaksi pertama Ketua Hospital itu jelas sekali mahu melindungi reputasi hospitalnya. Apa-apa pun, kesilapan seperti ini juga boleh jadi salah ahli keluarga.
"Untuk tak salahkan yang tak bersalah, saya juga bawa isteri saya ke hospital lain untuk pemeriksaan yang sama. Keputusannya sama dengan Hospital Beijing. Qiao Kang saja yang lain. Boleh kamu jelaskan?" Mo Ting bertanya dingin ketika Lu Che meletakkan laporan lain di atas meja.
Ketua Hospital Qiao memandang semua laporan itu. Memang betul…
… selain daripada hospitalnya, yang lain semua sama.
"Presiden Mo, saya pasti ada salah faham…"
"Tak ada salah faham. Saya dah sediakan senarai nama untuk kamu." Mo Ting sekali lagi mengisyaratkan Lu Che dan Lu Che segera meletakkan senarai nama di hadapan ketua hospital. "Kamu boleh soal mereka. Seorang demi seorang."