Bapa Quan mengkategorikan Mo Ting sebagai seorang yang acah bagus kerana anaknya sendiri terkenal sebagai kaki perempuan yang kaya.
Quan Ye menikmati perhatian dan bekalan wanita yang tidak berpenghujung yang diberikan industri hiburan kepadanya. Tetapi, dia sememangnya tidak sesuai untuk memegang kuasa. Kerana selain daripada kebongkakan dan sikap seolah-olah tahu semua perkara, dia tidak mempunyai sebarang kebolehan lain.
Tuan Kedua Mo tiba-tiba merasakan Mo Ting agak kejam. Quan Ye dilahirkan dalam kehidupan penuh kelebihan dan sentiasa dilayan bagaikan satu harta berharga. Tiada sesiapa yang pernah menentangnya. Malangnya, ada seseorang yang bernama Mo Ting.
Pihak media segera memuat naik gambar yang diambil mereka ke dalam talian.
Akhirnya, 'majlis bankuet perdamaian' itu dimulakan dengan pertarungan. Sudah tentu, ini bukan fokus utama warganet. Sebaliknya, semua orang tertarik dengan tubuh menarik Mo Ting!
Ya, tepat sekali, tubuhnya!