"Tapi, saya terima cabaran ini!"
Dalam Hai Rui, Zhen Manni tidak boleh bermain sebarang tipu helah. Tapi, itu tidak bermakna yang dia tidak boleh melakukan apa-apa secara rahsia.
Memandangkan Mo Ting sudah mengembalikan Charlene ke sisinya, dia boleh menyuruh Charlene melakukan semua kerja kotor. Jika mereka tertangkap, dia boleh menafikan semuanya.
Selepas mengajar Huo Jingjing yang dia sudah tersilap memilih pihak, Zhen Manni bertindak ke atasnya kerana dia mahu Huo Jingjing tahu yang Tangning tidak mempunyai status di Hai Rui. Tidak kira apa pun helah kotor haram yang digunakan Tangning untuk menjadikan Mo Ting pengurusnya, mustahil Tangning dapat melepasi statusnya!
"Presiden sudah tahu tentang kejadian ini…" Lu Che menerangkan. "Puan, Presiden tak akan biarkan perkara ini terlepas!"