Melihatkan keadaan Lan Xi, Luo Hao segera membuat panggilan telefon kepada semua kenalannya dalam industri lalu tersedar kedua-dua Lan Xi dan dirinya telah melakukan satu kesalahan yang membawa maut.
"Kita berdua tersilap waktu."
"Apa maksud kamu?" Lan Xi tidak berapa faham kata-kata Luo Hao.
"Satu-satunya sebab kenapa Tangning muncul di Hai Yi dengan begitu tenang ialah kerana tidak ada pertembungan waktu. Feng Cai sudah tukar jadual siaran mereka beberapa minggu yang lalu dan melewatkannya sejam. Kita tidak perasan akan maklumat kecil ini."
Mungkin kerana semua orang terbiasa dengan siaran Feng Cai pada jam 8 malam, jadi, walaupun mereka sudah mengumumkan perubahan pada jadual mereka, Lan Xi tidak mengambil perhatian khusus mengenai hal itu. Oleh itu, dia menyangkakan tiada sebarang perubahan.
"Si Tangning ini terlalu pintar untuk kebaikan dirinya sendiri!"