Chapter 171 - Saya… Diugut

"Long…"

"Datuk saya panggil saya… Tangning, saya kena pergi tengok dia." Long Jie tidak lagi berani berlagak tenang di hadapan Tangning. Dia tahu Tangning mempunyai pemerhatian yang sangat teliti.

Tangning mengeratkan pegangannya pada telefon dan mengangguk sambil membalas, "Rehat secukupnya."

Long Jie memutuskan panggilan lalu terjelepuk ke lantai kerana kepenatan.

Nampaknya, berurusan dengan Lan Xi sendiri tidak memerlukan tenaga sebanyak ini.

Long Jie ada mempertimbangkan untuk terus memberitahu semuanya kepada Tangning. Tetapi, selain daripada mengheret Tangning ke dalam kekusutan ini, dia tidak dapat memikirkan sebarang faedah daripada tindakan itu.

Selama ini, Tangning sudah terlalu banyak menderita. Jika dia memberitahu Tangning tentang kejadian ini, pasti Tangning dan Lan Xi tak akan membiarkan perkara ini terlepas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag